Utusan Borneo (Sarawak)

Maneerat, Ananda bintang Thai meriahkan ATA, Januari depan

-

ANUGERAH berprestij, Anugerah Televisyen Asia (ATA) yang ke-23 kembali membawakan artis-artis terkemuka yang juga merupakan calon atau penyampai kepada anugerah di Kuching pada 11 sehingga 13 Januari ini.

Jawatankua­sa penganjur dan juri ATA baru-baru ini telah mengumumka­n dan mengesahka­n ikonikon serta bintang-bintang televisyen yang terbaik di rantau Asia yang akan menghadiri dan berjalan di acara karpet merah anugerah tersebut, seperti yang dikemaskin­ikan di laman web rasminya.

Majlis tersebut akan diacarakan oleh legenda, bekas wartawan penyiaran MTV Asia, May Wan dan Choy Wan bersama Adrian Jalaludin dan Mark Zambrano.

Acara itu turut menyaksika­n kehadiran lebih 300 delegasi antarabang­sa yang terdiri daripada penerbit-penerbit filem dan program TV yang terkenal, pengarah, pelakon, pengacarap­engacara, para juri, penaja-penaja utama, calon-calon pemenang anugerah dan para selebriti dari negara yang bertanding sebagai tetamu undangan daripada industri televisyen di serantau Asia.

ATV Awards Sdn. Bhd. telah mengumumka­n kumpulan pertama selebriti yang akan berjalan di acara karpet merah yang akan bersiaran secara langsung pada 12 Januari kelak.

Mengunggul­i senarai ialah bintang Thailand Maneerat Kumoun serta pelakon, penyanyi dan model TV Thailand Khemanit Jamikorn dan pelakon Thai Jiravich Pongpaijit yang terkenal dengan lakonannya yang hebat sebagai Hut pada tahun 2016 dalam filem komedi seram ‘Ar Ma ‘.

Pelakon terkenal Ananda Everingham, yang lebih dikenali sebagai watak utama dalam filem seram ‘Shutter’ pada tahun 2004, model, pelakon dan penari Taiwan, Kelly Liao Jia Yi dan pelakon merangkap penyanyi Taiwan, Wang Kung-Ta juga akan turut hadir.

Antara bintang selebriti lain yang turut hadir dan menarik perhatian ialah Ase Wang yang dikenali sebagai salah satu model muda yang paling berjaya di Thailand; Wallace Ang, penyampai radio Mandarin sepenuh masa untuk MediaCorp’s Love 97.2FM; James Kumar, pemenang Anugerah Artis Baru Terbaik di Vasantham’s Pradhana Vizha Awards di mana beliau juga telah dicalonkan dalam kategori Artis Lelaki Paling Popular bagi wataknya dalam ‘Vettai 2.0’ pada tahun 2012; dan Derek Chun, seorang model bertaraf antarabang­sa yang semakin popular, yang juga merupakan seorang pengacara dan pelakon.

“Sebagai persediaan untuk Tahun Melawat Sarawak 2019, kami amat berbesar hati untuk menjadi tuan rumah bagi Anugerah Televisyen Asia ke-23 yang akan membawakan banyak bintang dan bakat terkenal peringkat antarabang­sa ke Sarawak buat pertama kalinya,” kata Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Hamzah di dalam kenyataan akhbarnya semalam.

“Sama seperti menganjurk­an acara mega bertaraf dunia seperti Formula One, MotoGP, SEA Games, dan lain-lain, ia pasti akan meningkatk­an industri pelanconga­n Malaysia dan kunjungan pelancong antarabang­sa di Sarawak,” tambahnya.

Mengenai Anugerah Televisyen Asia (ATA)

Dilancarka­n pada tahun 1996, Anugerah Televisyen Asia adalah acara penting dan dinanti-nanti dalam industri TV Asia, yang mengiktira­f kecemerlan­gan rancangan, penerbitan dan lakonan.

Anugerah ini terdiri daripada lebih 40 kategori dan merupakan pengiktira­fan utama industri kepada syarikatsy­arikat produksi di Asia.

Anugerah Televisyen Asia ke-23 dianjurkan oleh ATV Awards Sdn Bhd dengan sokongan Kementeria­n Pelanconga­n Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak.

Anugerah ini juga didukung oleh rakan kongsi pengurusan bakat Beam Artistes dan Gushcloud serta Malindo sebagai Rakan Syarikat Penerbanga­n Rasmi dan Timeless Vacation sebagai Agen Pelanconga­n Rasmi.

Majlis anugerah boleh ditonton di iFlix, Bangkok TV, Today TV Vietnam, Channel O Indonesia, Citra Entertainm­ent, Formosa TV, ViuTV, Arirang, ABSCBN, Jiangsu Satellite Internatio­nal dan Astro Hello.

Anugerah ini juga boleh ditonton secara langsung di Facebook @ Asiantvawa­rds.

 ??  ??
 ??  ?? ALVIN CHONG
ALVIN CHONG
 ??  ?? DEREK CHUN
DEREK CHUN
 ??  ?? JIRAVICH PONGPAIJIT
JIRAVICH PONGPAIJIT
 ??  ?? ANANDA EVERINGHAM
ANANDA EVERINGHAM
 ??  ?? MANEERAT KUMOUN
MANEERAT KUMOUN
 ??  ?? WANG KUNG-TA
WANG KUNG-TA
 ??  ?? WALLACE ANG
WALLACE ANG
 ??  ?? JAMES KUMAR
JAMES KUMAR
 ??  ?? KHEMANIT JAMIKORN
KHEMANIT JAMIKORN
 ??  ?? ASE WANG
ASE WANG
 ??  ?? KELLY LIAO
KELLY LIAO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia