Utusan Borneo (Sarawak)

Hospital di Mumbai terbakar, enam maut

Punca kebakaran yang turut menyebabka­n lebih 100 tercedera masih disiasat

-

MUMBAI: Sekurangku­rangnya enam orang terkorban dan lebih 100 lagi tercedera apabila kebakaran menyelubun­gi sebuah hospital di Mumbai pada Isnin, kata pihak berkuasa, dalam bencana terbaharu yang meningkatk­an kebimbanga­n mengenai keselamata­n kebakaran di India.

Kebakaran berlaku kira-kira jam 4 petang waktu tempatan di tingkat empat hospital ESIC Kamgar yang diuruskan oleh kerajaan di subbandar utara Andheri.

Enam orang meninggal dunia, menurut satu kenyataan yang dikeluarka­n oleh kumpulan pengurusan bencana bagi pihak berkuasa sivil. Kira-kira 150 pesakit, doktor dan jururawat telah diselamatk­an.

“Mereka telah diselamatk­an dari tingkat- tingkat yang berlainan oleh anggota bomba dengan menggunaka­n tangga,” seorang pegawai pengurusan bencana memberitah­u agensi berita Press Trust of India, sambil menambah bahawa mereka kemudian dibawa ke beberapa hospital lain untuk rawatan.

Beliau berkata punca kebakaran masih belum diketahui.

Kebakaran secara tidak sengaja biasa berlaku di sekitar India disebabkan tahap keselamata­n yang kurang baik dan penguatkua­saan peraturan yang tidak tegas.Ia biasa berlaku terutama di Mumbai yang ramai penduduk, sebuah bandar kewangan utama di India.

Pada Disember tahun lepas sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh apabila kebakaran besar menyelubun­gi sebuah restoran terkenal di bandar tersebut.

Pada awal bulan itu kebakaran di sebuah kedai manisan Mumbai telah menyebabka­n sebuah bangunan roboh dan mengorbank­an 12 pekerja yang sedang tidur. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? TERBAKAR: Trak bomba dilihat di hadapan sebuah hospital selepas ia terbakar di bandar pinggir Mumbai, India, pada Isnin.
— Gambar Reuters TERBAKAR: Trak bomba dilihat di hadapan sebuah hospital selepas ia terbakar di bandar pinggir Mumbai, India, pada Isnin.
 ?? — Gambar Reuters ?? SELAMAT: Seorang lelaki menulis nota tentang butiran seorang wanita yang telah dipindahka­n dari sebuah hospital akibat kebakaran, di bandar pinggir Mumbai, India, pada Isnin.
— Gambar Reuters SELAMAT: Seorang lelaki menulis nota tentang butiran seorang wanita yang telah dipindahka­n dari sebuah hospital akibat kebakaran, di bandar pinggir Mumbai, India, pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia