Utusan Borneo (Sarawak)

11 rumah PBRS hampir siap

GENG ROMPAKAN BERKUMPULA­N DI HOTEL TUMPAS

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

SIBU: Polis berjaya menyelesai­kan satu kes rompakan berkumpula­n di sebuah hotel di sini dengan tertangkap­nya tiga lelaki dan seorang wanita, kelmarin.

Suspek yang berusia antara 26 hingga 37 tahun itu ditahan di beberapa tempat di sekitar bandar ini pada 16 dan 17 Disember oleh pasukan polis yang diketuai Inspektor Baharuddin Sabang.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, mangsa telah bersama dengan suspek wanita di dalam bilik hotel sebelum dirompak.

“Suspek wanita tersebut kemudian menghubung­i rakan-rakan lelakinya selepas melihat mangsa menyimpan wang dalam kuantiti yang banyak dalam dompet selepas mengadakan hubungan seks,” ujarnya.

Susulan rompakan itu katanya, wang tunai tersebut dibahagika­n antara kesemua suspek untuk membayar sewa hotel dan sewa rumah, selain untuk membeli bekalan dadah untuk kegunaan sendiri.

Pihak polis turut merampas satu unt telefon bimbit daripada salah seorang suspek yang dipercayai milik mangsa.

“Kesemua suspek akan direman dan dirujuk kepada Bahagian Narkotik untuk saringan air kencing,” ujar Stanley sambil menambah kes akan disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

MIRI: Sejumlah 11 rumah yang layak menerima peruntukan khas Program Baik Pulih Rumah Rakyat Sarawak (PBRS) di Kampung Haji Wahed Miri hampir 80 peratus siap.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting berkata, ia adalah projek baik pulih fasa pertama yang membabitka­n 25 pemohonan di kampung terbabit.

“Setakat ini 11 daripada 25 pemohonan itu telah berada dalam kerja-kerja pelaksanaa­n, sementara selebihnya dijangka dilaksanak­an dalam fasa kedua tahun depan,” katanya semasa melawat tapak projek PBRS di Kampung Haji Wahed semalam.

Setiap ADUN tambahnya, diberikan peruntukan RM1 juta untuk membantu rakyat miskin dalam kerja-kerja baik pulih rumah mereka.

Ting berkata, tahun ini sejumlah RM500,000 disalurkan bagi PBRS sementara selebihnya akan disalurkan bermula tahun depan.

“Menerusi peruntukan khas

“Menerusi peruntukan khas ini, rakyat akan dibantu untuk kerja baik pulih kediaman dan mereka yang layak akan dikenal pasti atau disahkan oleh ketua kampung penghulu. ” atau Datuk Sebastian Ting ADUN Piasau

ini, rakyat akan dibantu untuk kerja baik pulih kediaman dan mereka yang layak akan dikenal pasti atau disahkan oleh ketua kampung atau penghulu,” ujarnya.

Semua projek katanya, akan dilaksanak­an secara gotongroyo­ng bagi yang layak termasuk mereka yang berdaftar di bawah program e-Kasih serta golongan isi rumah berpendapa­tan rendah (B40).

“Peruntukan akan disalurkan untuk mereka membaik pulih rumah secara gotong royong atau menerusi pihak kontraktor terpulang kepada keadaan atau keperluan rumah,” jelasnya.

Ting menambah, ada rumah memerlukan atap baharu, dinding rumah yang kukuh dan sebagainya bergantung kepada struktur asas rumah terbabit.

Selain Kampung Haji Wahed, PBRS juga disalurkan ke kampung lain seperti Kampung Lereng Bukit, Kampung Piasau dan sebagainya.

Hadir ialah Penghulu Samad Ali dan Setiausaha Jawatankua­sa Keselamata­n dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Lereng Bukit Abdul Hamid Salim.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? STANLEY
STANLEY
 ??  ?? BAGUS: Ting (empat kiri) dan Samad (dua kiri) menunjukka­n tanda bagus bersama penduduk kampung dan kontraktor selepas meninjau tapak projek PBRS di Kampung Haji Wahed semalam.
BAGUS: Ting (empat kiri) dan Samad (dua kiri) menunjukka­n tanda bagus bersama penduduk kampung dan kontraktor selepas meninjau tapak projek PBRS di Kampung Haji Wahed semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia