Utusan Borneo (Sarawak)

BERATNYA BEBAN DI BAHU FATIN

Keluarga Abang Zayid mohon ihsan orang ramai untuk menempuh dugaan, kesempitan hidup.

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Sekali pandang, memang tiada siapa menyangka Nur Fatin Abang Zayid, 2, pernah menjalani pembedahan jantung ketika masih berusia empat bulan kerana dia selincah kanak-kanak seusianya.

Malah, raut wajahnya yang sentiasa tersenyum dan mudah mesra setiap kali namanya dipanggil tidak menggambar­kan anak kecil ini menanggung beban yang berat.

Ketika usianya baharu tiga bulan, Fatin didiagnos menghidap penyakit jantung dan sebulan kemudian, dia berjaya menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada November 2016.

Ekoran pembedahan itu juga, Fatin mengalami masalah paruparu kronik dan kini masih dalam pemantauan dan rawatan susulan di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Menurut bapanya, Abang Zayid Abang Zaini, 42, atas nasihat doktor pakar dari HUS, Fatin perlu mengambil susu formula khas Metabolic Junior berharga RM85 setin dan dia memerlukan sekurang-kurangnya lima tin sebulan.

“Malah, saya perlu membeli sendiri alat khas dikenali OMRON Compressor Nebulizer yang berharga kira-kira RM300 untuk Fatin kerana dia juga menghidap asma,” katanya ketika menemui pemberita, semalam.

Walaupun Fatin mendapat bantuan kewangan sebanyak RM200 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Abang Zayid berkata, ia masih tidak mencukupi untuk menampung perbelanja­an anak kecil itu.

Menurut beliau, bagi memastikan keadaan kesihatan Fatin berada dalam keadaan baik, dia perlu melakukan pemeriksaa­n kesihatan di Pusat Jantung HUS Kota Samarahan, dua bulan sekali.

Tambahnya, doktor pakar dari HUS turut memberitah­u Fatin, anak bongsu daripada lima adikberadi­k, memerlukan penjagaan dan persekitar­an perumahan yang baik agar kesihatann­ya tidak terjejas.

“Bagaimanap­un, kekangan kewangan dan kesempitan hidup kami ketika ini menyukarka­n saya menyediaka­n tempat tinggal selesa kepadanya walaupun telah diberi peluang tinggal di flat MBKS (Majlis Bandaraya Kuching Selatan).

“Sudah hampir sebulan kami menetap di sana tanpa bekalan elektrik kerana saya tidak cukup wang untuk melakukan penyambung­an,” katanya sambil menambah sebelum ini, mereka tiga beranak menyewa bilik di sebuah rumah kedai di Padungan.

Perkara yang membimbang­kan Abang Zayid ketika ini ialah ketiadaan bekalan elektrik disambungk­an ke unitnya boleh menjejaska­n kesihatan Fatin jika dia diserang asma.

Ini kerana, tanpa bekalan elektrik, Fatin terpaksa menggunaka­n alat khas OMRON Compressor Nebulizer secara manual yang kesannya agak perlahan.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul apabila Abang Zayid terpaksa bekerja sebagai buruh kasar dengan gaji harian RM50, selepas kontraknya sebagai pengawal keselamata­n ditamatkan.

Lebih menyedihka­n sebulan lalu, beliau disahkan menghidap kencing manis, namun masih perlu melakukan kerja berat untuk mencari nafkah bagi empat lagi anaknya.

“Saya tidak ada pelajaran dan kemahiran, jadi kerja yang boleh saya lakukan ialah sebagai buruh kasar demi sesuap nasi dan paling penting memenuhi keperluan Fatin,” katanya.

Isterinya, Rasidah Ismail, 41, tidak dapat bekerja kerana perlu menjaga dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada Fatin.

Ekoran kesempitan hidup ditambah Fatin perlu ‘diasingkan’ kerana mudah dijangkiti penyakit, empat lagi anak pasangan itu diletakkan di bawah jagaan ibu mentuanya di Pusa.

“Saya amat berharap akan ada pihak tampil membantu lebih-lebih lagi Fatin kerana dia perlukan penjagaan sebaiknya bagi memastikan tahap kesihatann­ya sentiasa pada keadaan baik,” katanya.

 ??  ?? PERLU BANTUAN: Fatin dipangku ibunya ketika menemui pemberita, semalam.
PERLU BANTUAN: Fatin dipangku ibunya ketika menemui pemberita, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia