Utusan Borneo (Sarawak)

PENDAKI JEPUN BERJAYA DIBAWA KELUAR DARI GUNUNG MULU

-

MIRI: Pendaki yang juga penyelidik dari Jepun Akihiro Noda, 25, yang cedera parah selepas terjatuh di Gunung Mulu, malam Sabtu lalu, berjaya dibawa keluar dengan menggunaka­n bantuan pemindahan perubatan (MEDEVAC) oleh Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri, pagi semalam.

Kru penyelamat dari Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon 6 Miri dari pangkalan udaranya di sini, berjaya mengeluark­an mangsa menggunaka­n kaedah ‘winching’ bersama seorang lagi rakan pendakinya dan tiga porter gunung jam 7.40 pagi semalam.

Setelah menurunkan tiga porter gunung di Lapangan Terbang Mulu, mangsa yang cedera terus diterbangk­an ke Hospital Miri dan selamat mendarat di tapak pendaratan hospital pada jam 8.35 pagi bagi mendapatka­n rawatan segera bersama seorang rakannya.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Khirudin Drahman yang turut menyambut ketibaan mangsa di Hospital Miri semalam berkata, beliau amat lega Ops MEDEVAC yang memasuki hari kedua semalam berjaya dilakukan dengan baik dan pantas.

“Kita sepatutnya dapat membawa mangsa keluar dari kawasan pergununga­n itu tengah hari semalam (Isnin) namun keadaan cuaca di Mulu (yang berawan tebal) ketika itu tidak mengizinka­n, menyebabka­n operasi disambung semula pagi tadi (semalam).

“Dalam keadaan cuaca yang baik pagi tadi, kru penyelamat yang menyertai operasi ini berlepas awal pagi dan akhirnya dapat mengeluark­an mangsa serta empat yang lain bersamanya,” jelas beliau lagi.

Katanya, dengan keadaan bentuk muka bumi negeri ini yang bergunungg­anang dan sukar, khidmat helikopter bomba dan Ops MEDEVAC merupakan pilihan terbaik bagi mengurangk­an risiko terhadap mangsa, di samping mempercepa­t usaha menyelamat.

Khirudin memberitah­u, sehingga kini empat kes telah berjaya ditangani menggunaka­n Ops MEDEVAC di utara negeri ini termasuk di Limbang dan terkini di Mulu.

Mangsa, Akihiro, cedera parah di bahagian punggung dan tulang rusuk selepas terjatuh semasa mendaki ke puncak Gunung Mulu malam Sabtu lalu, menyebabka­n mangsa tidak dapat berjalan dan memerlukan bantuan udara bagi menurunkan­nya.

Kejadian berlaku pada jam 9 malam, 15 Disember lalu dan mangsa yang tidak dapat berjalan terpaksa menunggu bantuan sampai di lokasi mereka berada di Kem 4, Gunung Mulu, yang berada pada ketinggian 1,820 meter dari aras laut.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa disambung jam 7 pagi semalam, selepas usaha membawa keluar mangsa melalui udara pada Isnin lalu gagal disebab cuaca buruk dan operasi SAR terpaksa dihentikan pada jam 3.30 petang.

Turut sama mengiringi Khirudin, menyambut mangsa dan seorang lagi rakannya yang terselamat dalam pendakian itu ialah Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri Law Poh Kiong serta Pengarah Hospital Miri, Dr Jack Wong.

Sementara itu, wakil pihak pengurusan Taman Negara Mulu, Bian, memberitah­u pihaknya amat menghargai usaha dan memuji kecekapan dan keberanian anggota penyelamat yang terbabit dalam operasi tersebut.

“Kami memang amat memerlukan perkhidmat­an bomba (dan penyelamat) termasuk di masa hadapan.

“Saya akan memastikan pihak (pengurusan) Taman Negara Mulu dan Jabatan Bomba dan Penyelamat mempunyai hubungan yang rapat, terutama di masa akan datang,” tambahnya beliau lagi dalam pesanan ringkas menerusi WhatsApp semalam.

 ??  ?? TIBA: Mangsa diserahkan kepada pihak Hospital Miri, pagi semalam.
TIBA: Mangsa diserahkan kepada pihak Hospital Miri, pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia