Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada kompromi terhadap peniaga ingkar SKHMP Krismas

Bekalan barangan bagi Krismas serta Tahun Baharu Cina 2019 mencukupi selaras komitmen pengeluar, pemborong, peruncit

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak tidak akan berkomprom­i terhadap peniaga yang gagal mematuhi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) sempena Krismas.

Pengarah KPDNHEP Sarawak Datuk Stanley Tan berkata, peniaga yang ingkar akan dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan.

“KPDNHEP Sarawak akan mula dan terus melakukan pemantauan di seluruh negeri. Setiap cawangan KPDNHEP

“KPDNHEP Sarawak akan mula dan terus melakukan pemantauan di seluruh negeri. Setiap cawangan KPDNHEP Sarawak telah mula melaksanak­an penguatkua­saan dan advokasi kepada ” pengguna. Datuk Stanley Tan Pengarah KPDNHEP Sarawak

Sarawak telah mula melaksanak­an penguatkua­saan dan advokasi kepada pengguna.

“Malah semalam (kelmarin) kita sudah pun mula meng- edarkan risalah SKHMP Krismas untuk memaklumka­n peniaga mengenai barangan yang disenaraik­an di bawah SKHMP bagi Sarawak,” ka- tanya kepada Utusan Borneo semalam.

Stanley turut memberitah­u, bekalan barangan bagi menghadapi Krismas serta Tahun Baharu Cina 2019 adalah mencukupi selaras dengan komitmen diberikan pengeluar, pemborong dan peruncit di negeri ini.

“Para pengeluar, pemborong dan peruncit memberi jaminan untuk memastikan bekalan barangan mencukupi bagi musim perayaan ini,” katanya.

Mengulas lanjut Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Sarawak Mohd Nawawi Abdul Rahman berkata, SKHMP Krismas akan mula berkuat kuasa dari 23 hingga 27 Disember ini.

“Kerajaan mewajibkan peniaga untuk mematuhi arahan kawalan seperti menjual barangan harga terkawal pada harga kawalan atau pada harga tidak melebihi harga maksimum yang ditentukan.

“Peniaga juga mesti meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu pada barangan kawalan bagi membezakan­nya dengan barangan lain selain mempamerka­n tanda harga ke atas semua barangan yang dijual,” katanya.

Nawawi berkata, peniaga yang didapati menjual atau menawarkan barangan harga terkawal tidak mengikut harga ditetapkan di bawah SKHMP boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011.

Peniaga terbabit katanya, boleh dikenakan kompaun tidak kurang RM250 dan maksimum RM250,000 bagi pertubuhan perbadanan.

“Peniaga yang gagal meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu, kita akan memberi amaran bagi kesalahan pertama. Jika kesalahan tersebut berulang, kompaun akan dikenakan maksimum RM5,000 bagi individu dan RM10,000 bagi pertubuhan perbadanan.

“Kesalahan tidak meletakkan tanda harga kepada barangan yang dipamer untuk dijual pula peniaga boleh dikenakan kompaun tidak kurang RM100 maksimum RM25,000 bag individu dan RM50,000 bag pertubuhan perbadanan,” katanya.

SKHMP Krismas 2018 bagi Sarawak menyenarai­kan 14 jenis barangan iaitu ayam hidup, ayam standard, ayam super, ayam tua hidup, ayam belanda import, kepak ayam daging kambing/biri-biri import bertulang, telur ayam gred A, telur ayam gred B telur ayam gred C, tomato lada benggala hijau, daging babi (perut) dan daging bab (daging dan lemak).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia