Utusan Borneo (Sarawak)

JPJ lancar Ops Patuh hingga 21 Disember

-

KUCHING: Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Sarawak melancarka­n Ops Patuh untuk memperting­katkan keselamata­n di jalan raya sempena musim perayaan Hari Krismas ini.

Timbalan Pengarah JPJ Sarawak Erick Jusiang berkata operasi tersebut yang akan diadakan sehingga 21 Disember ini adalah memfokus kepada kenderaan persendiri­an.

Jelas beliau, Ops Patuh adalah untuk mengesan tujuh kesalahan utama iaitu gagal mematuhi lampu isyarat, memotong di garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan, memotong barisan, menggunaka­n telefon bimbit semasa memandu, tidak memakai tali pingganf keledar dan memandu melebihi had laju.

“Kami (JPJ) akan mengambil tindakan tegas ke atas pemandu yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya dalam sepanjang tempoh operasi,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut Erick, tujuan operasi tersebut adalah untuk mengurangk­an kadar kemalangan dan kematian di jalan raya semasa musim perayaan ini serta membudayak­an pemanduan berhemah dan selamat oleh pengguna jalan raya.

Selain itu, katanya ia juga untuk memperting­katkan ‘persepsi ditangkap’ di kalangan pengguna jalan raya.

Pada masa sama, Erick berkata JPJ Sarawak juga akan menjalanka­n Ops Terminal bermula 22 hingga 28 Disember ini, untuk memastikan semua bas ekspres amnya dalam keadaan yang selamat.

“Kami akan menempatka­n anggota di terminal untuk membuat pemeriksaa­n bas dan membuat rondaan di laluan utama,” jelasnya.

 ??  ?? ERICK
ERICK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia