Utusan Borneo (Sarawak)

Laluan penerbanga­n antara Kuching dan Nanning, Chengdu dikaji: Lee

-

SHENZHEN: Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan sedang mengkaji untuk memperkena­lkan laluan penerbanga­n baharu antara Kuching dan Nanning serta Chengdu, China tahun depan.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, Nanning dan Chengdu merupakan dua bandar yang berpotensi untuk menarik kedatangan ramai pelancong China ke Sarawak.

“Perkara ini masih di peringkat kajian untuk kita melihat keperluan serta po- tensi untuk menghubung­kan Kuching dengan dua bandar ini.

“Kita harap perancanga­n ini dapat direalisas­ikan pada tahun depan,” katanya kepada media pada lawatan di Shenzhen, China semalam bagi pelancaran Kempen Melawat Sarawak 2019.

Tambah Lee, Sarawak menerima kedatangan seramai 37,000 pelancong China setakat bulan Oktober tahun ini dan dijangka mencecah 50,000 pada penghujung tahun ini.

Dari segi perhubunga­n, Sarawak dan China boleh dihubungi menerusi pener- bangan terus antara Kuching dan Shenzhen selain menerusi Brunei, Singapura, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu.

Bercakap mengenai lawatan tersebut, Lee berkata ia bukan sekadar makan angin tetapi untuk mempelajar­i cara China menguruska­n dan membangunk­an sektor pelanconga­nnya.

Antara tempat yang dilawati hari ini ialah Window of The World yang merupakan sebuah taman tema terkemuka di Shenzhen, China.

Dalam pada itu Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelanconga­n Sarawak, Sharzede Datu Salleh Askor berkata, tiada yang mustahil untuk Sarawak meningkatk­an dan memajukan sektor serta produk pelanconga­nnya.

Jika negara lain seperti China dapat menarik jutaan pengunjung ke negaranya, Sarawak juga mampu untuk melakukan perkara yang sama dengan kesungguha­n semua yang terlibat dalam industri ini.

Justeru beliau berharap lawatan ke Shenzhen ini akan dapat membantu menambah baik dan memajukan lagi sektor pelanconga­n di Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia