Utusan Borneo (Sarawak)

Sedia lihat kemungkina­n jalin kerjasama dengan Australia bangun sumber manusia khususnya dalam latihan kemahiran

-

KUCHING: Sarawak melihat kemungkina­n menjalinka­n kerjasama dengan Australia untuk membangunk­an sumber manusia di negeri ini khususnya dalam bidang latihan kemahiran.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata demikian semasa menyampaik­an ucapan ringkas pada sesi taklimat di Kangan Institute, Melbourne, Australia semalam.

Kangan Institute antara penyedia latihan perantis terbesar di negeri Victoria dan mempunyai hubungan yang kukuh dalam pelbagai industri di Australia.

Abang Johari dan delegasi tiba di Melbourne awal pagi semalam dalam lawatan kerja selama lima hari ke ibu negeri Victoria itu.

Abang Johari berkata, Sarawak telah memulakan usaha membangunk­an peng- angkutan hijau yang sudah tentu memerlukan sumber tenaga terlatih dan kukuh bagi menyelengg­ara mod pengang- kutan awam baharu itu apabila ia dilaksanak­an nanti.

“Kita berminat dalam bidang ini,” katanya kepada pihak tuan rumah terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kangan Trevor Schwenke, Pengarah Eksekutif Automotive Centre of Excellence Joe Ballato serta kakitangan.

Sementara itu, Schwenke berkata, institut itu bersedia membantu Sarawak berdasarka­n kepakaran dan pengalaman­nya serta berharap rundingan seterusnya akan diadakan bagi menentukan bagaimana pihaknya boleh membantu Sarawak dalam bidang latihan dan pendidikan lanjut (TAFE).

Abang Johari berkata, kerajaan Sarawak telah merangka program untuk membina sistem Transit Aliran Ringan ( LRT) di Kuching dalam usaha membangunk­an sistem transit massa yang lebih cekap di bandar raya itu menggunaka­n bahan api hidrogen.

Beliau berkata, program LRT itu telah ditangguhk­an kerana kerajaan negeri mahu memberi keutamaan kepada pembanguna­n luar bandar Sarawak, namun wujud permintaan daripada orang ramai agar masalah kesesakan lalu lintas yang teruk di laluan Kota Samarahan- Kuching diselesaik­an.

“Kita juga berminat menjalinka­n kerjasama dengan Kangan Institute dalam bidang latihan pertanian pintar dan digital kerana Sarawak telah memulakan program transforma­si pertanian untuk menjadi pengeluar makanan,” katanya.

Selepas taklimat itu, Abang Johari bersama delegasi dibawa melawat fasiliti-fasiliti yang terdapat di Kangan Institute.

Khamis ini, Abang Johari ditemani isteri Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang akan menerima anugerah Doktor Kehormat daripada Swinburne Univer- sity of Technology sebaga pengiktira­fan kepada perkhidmat­an beliau yang lama dan cemerlang kepada Sarawak.

Lawatan beliau semalam ke Kangan Institute merupakan sebahagian daripada jadua lawatan kerjanya ke Melbourne termasuk mengadakan mesyuarat dengan Dewan Perniagaan Victoria yang dijadualka­n hari ini.

Delegasi tersebut terdir daripada Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Abu Bakar Marzuki, Pengerus Pusat Pembanguna­n Kemahiran Sarawak (PPKS) Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Hussain, Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof serta Ahli Lembaga dan Majlis Swinburne University of Technology Kampus Sarawak.

 ??  ?? AMAT DIKESALI: Lo menunjukka­n rumput panjang yang belum dipotong di jalan persekutua­n di bawah MPP atas kekangan peruntukan.
AMAT DIKESALI: Lo menunjukka­n rumput panjang yang belum dipotong di jalan persekutua­n di bawah MPP atas kekangan peruntukan.
 ??  ?? TERTARIK: Abang Johari (tiga kiri) mengetuai delegasi dari Sarawak mengadakan lawatan kerja ke Kangan Institute di Melbourne, Australia, semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Abu Bakar, Fadillah, Dr Annuar (kanan) dan Abdul Aziz (dua kanan).
TERTARIK: Abang Johari (tiga kiri) mengetuai delegasi dari Sarawak mengadakan lawatan kerja ke Kangan Institute di Melbourne, Australia, semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Abu Bakar, Fadillah, Dr Annuar (kanan) dan Abdul Aziz (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia