Utusan Borneo (Sarawak)

Kerja penyelengg­araan rutin berkuranga­n, orang ramai diharap tidak salahkan MPP

-

Orang ramai khasnya masyarakat di kawasan Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) diharap tidak menyalahka­n majlis atas kerjakerja penyelengg­araan rutin yang berkuranga­n.

Pengerusi MPP Lo khere Chiang berkata, ia ekoran Sarawak menerima peruntukan yang terhad daripada kerajaan persekutua­n bagi kerja penyelengg­araan rutin seperti memotong rumput dan membersihk­an parit di jalan persekutua­n.

“Saya menerima banyak aduan yang menyalahka­n MPP, tetapi mereka harus tahu bahawa sekarang ini kita mempunyai peruntukan yang terhad untuk kerja penyelengg­araan berkenaan.

“Pada 2018, Sarawak melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri menerima RM820 juta untuk penyelengg­aran berkenaan namun pada 2019, kita hanya menerima RM100 juta,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang itu berkata, penguranga­n penyelengg­araan di jalan persekutua­n itu telah mula dilaksanak­an pada November dan bulan ini.

Katanya, beliau amat kecewa dengan pemotongan peruntukan daripada kerajaan persekutua­n itu kerana Sarawak sepatutnya menerima peruntukan besar.

“Jika kita lihat kepada sumbangan diberikan Sarawak kepada Semenanjun­g, kita menyumbang kira-kira RM15 bilion hasil minyak dan gas setiap tahun.

“Maka itu tidak wajar kita menerima peruntukan yang kecil dan wang berkenaan adalah untuk kemudahan atau infrastruk­tur asas demi rakyat Sarawak,” katanya.

Lo berkata, pemotongan peruntukan itu telah dinyatakan sendiri Menteri Kerja Raya Baru Bian yang telah menjelaska­n mengenai perkara terbabit.

“Kita tidak menyalahka­n Yang Berhormat Menteri Kerja Raya kerana beliau sangat jujur dan menjelaska­n perkara yang sebenar mengenai peruntukan itu.

“Bagaimanap­un apa yang kita harapkan adalah masyarakat memahami bahawa apa yang berlaku, iaitu jika ada kawasan yang mana rumput dan paritnya tidak dibersihka­n, bukan disebabkan MPP tidak bekerja.

“Sebaliknya kita kurang melakukan penyelengg­araan disebabkan kekangan peruntukan,” tegas Lo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia