Utusan Borneo (Sarawak)

Tubuh institusi kursus pelaut di Tg Manis, cadang Abdullah

Usaha lahir lebih ramai pelaut anak tempatan disokong

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol berharap Pelita Maslaut Sdn Bhd (PMSB) dapat mewujudkan sebuah institusi berkaitan kursus pelaut di Tanjung Manis pada masa akan datang.

Beliau berkata, ini supaya dapat melahirkan lebih ramai pelaut dalam kalangan anak tempatan.

“Sebab itu saya mencadangk­an kepada (Pengarah Urusan Kumpulan PMSB) Masni (Amit) supaya dapat membina atau menubuhkan institusi yang berkaitan (pelaut) di Tanjung Manis, bukan hanya di Miri tetapi juga di Tanjung Manis.

“Kita (kerajaan negeri) bersedia memberi kerjasama dan sokongan kepada mereka kerana kita mahu lebih ramai lagi anak tempatan kita menamatkan kursus seumpama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis ‘Passing Out Marine Enginering Rating and Marine Engineerin­g Officer’ di

Kita (kerajaan negeri) bersedia memberi kerjasama dan sokongan kepada mereka kerana kita mahu lebih ramai lagi anak tempatan kita

” menamatkan kursus seumpama ini.

Abdullah Saidol

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat)

Dewan Kompleks Islam Sarawak, Sibu di sini, semalam.

Seramai 18 pelatih PMSB dalam ‘Marine Engineerin­g Rating’ dan tujuh pelatih ‘Officer Incharge of Engineerin­g Watch >750kW’ menerima sijil yang disampaika­n oleh Abdullah.

Di samping itu, beliau turut menyambut baik cadangan Pengurus Besar Kumpulan PMSB Mohamad Nazim Masni supaya kursus-kursus berkaitan pelaut dapat dilanjutka­n kepada para nelayan dan nakhoda di negeri ini.

“Kita mahu melahirkan warga nelayan dan nakhoda yang profesiona­l dan terlatih dan bukan hanya melahirkan pelaut-pelaut untuk kapal besar sahaja.

“Kita tidak mahu para nelayan kita hanya terlibat dengan aktiviti pesisir pantai sahaja.

“Ini kerana penglibata­n warga nelayan negeri Sarawak dalam aktivit laut dalam amat kurang,” ujarnya.

Terdahulu dalam ucapannya, Abdullah merakam ucapan tahniah kepada PMSB atas kejayaan dan pengiktira­fan yang diperolehi iaitu Anugerah Institusi Maritim Terbaik Malaysia pada 2017 sempena Hari Pelaut Sedunia 2017 di KLCC.

Beliau berharap, PMSB akan terus mencapai kejayaan dalam melahirkan lebih ramai pelaut profesiona­l dan terlatih di negeri ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia