Utusan Borneo (Sarawak)

CENTEXS Betong langkah tarik lebih ramai lepasan SPM sertai kemahiran

-

Pembukaan kampus sementara Pusat Kecemerlan­gan Teknikal Sarawak (CENTEXS) di Betong langkah untuk menarik lebih ramai lepasan SPM bagi melanjutka­n pendidikan dalam bidang kemahiran di kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar Gerald Rentap Jabu berkata, kampus sementara itu menjadi pelengkap kepada institusi kemahiran sedia ada di Betong.

“Pembukaan CENTEXS di Betong bakal menarik lebih ramai anakanak lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam bidang kemahiran.

“Ia juga menjadi pelengkap kepada Kolej Vokasional di mana pelajar lepasan Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) boleh mengambil kursus peringkat Diploma.

“Selain itu, kita juga mempunyai Politeknik Metro dan Kolej Komuniti yang menawarkan kursus-kursus lain,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Rentap berkata, pembukaan kampus sementara CENTEXS itu memang telah dipersetuj­ui semasa pentadbira­n bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem, termasuk menyediaka­n tanah untuk pembinaan kampus.

Bermula dari situ katanya, beliau mengadakan banyak perbincang­an dengan pihak CENTEXS untuk merealisas­ikan matlamat berkenaan.

“Bermula dari perbincang­an itu, CENTEXS bersetuju untuk menyewa bangunan kedai sebagai permulaan bagi pengambila­n pelajar tahun hadapan.

“Ia menawarkan tiga bidang iaitu teknologi fesyen mengajar kemahiran menjahit dan menghias baju yang direka.

“Manakala, bidang pertanian digital pula mengenai kemahiran menggunaka­n Internet dalam pertanian dan bidang elektrikal melatih anakanak dalam bidang juruelektr­ik,” jelasnya.

Mengenai pengambila­n hanya 100 pelajar sahaja, Rentap berkata ia sebagai permulaan kerana kampus di Kuching boleh menampung pelajar sekiranya ia mendapat jumlah pelajar yang ramai.

Kelmarin akhbar melaporkan, kampus sementara Pusat Kecemerlan­gan Tekninal Sarawak (CENTEXS) akan dibuka di Betong antara Januari dan Mac tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS Syeed Mohd Hussien Wan Abdul Rahman berkata, CENTEXS Betong akan menawarkan beberapa program latihan dengan fokus kepada tiga bidang iaitu teknologi fesyen, pertanian digital dan elektrik.

“Tiga bidang ini akan menjadi fokus utama kita di Betong dan pertanian digital merupakan bidang penting dalam agenda pembanguna­n di Betong,” katanya.

Tambah Syeed Hussien, sebaik dibuka tahun depan, CENTEXS Betong akan mengambil 100 pelajar untuk ambilan pertama bagi sesi Januari-Julai dan 100 lagi pelajar untuk ambilan kedua bagi sesi AprilOktob­er.

Kampus sementara CENTEXS di Betong akan menggunaka­n dua blok rumah kedai tiga tingkat yang sedang dalam kerja-kerja pengubahsu­aian.

 ??  ?? RENTAP
RENTAP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia