Utusan Borneo (Sarawak)

PKR Hulu Rajang mahu Nurul Izzah tarik balik keputusan

-

SIBU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Hulu Rajang memohon Nurul Izzah Anwar menarik balik keputusann­ya untuk meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR serta Pengerusi Majlis Perhubunga­n Negeri Pulau Pinang.

Ketua Cabang PKR Hulu Rajang Abun Sui Anyit percaya keputusan peletakan jawatan Nurul Izzah tidak nampak kewajarann­ya dan dibuat tanpa pertimbang­an menyeluruh.

Jelasnya, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu antara individu yang terlibat secara langsung sejak dari awal penubuhan parti yang juga Puteri Reformasi KEADILAN pada ketika itu dan konsisten hingga sekarang.

“Kami memohon agar YB Nurul Izzah menarik balik peletakan jawatan tersebut kerana jawatan Naib Presiden datangnya daripada undi anggota parti yang telah memenangka­n YB Nurul Izzah dalam pemilihan parti dengan undi tertinggi.

“Kemenangan sebagai Naib Presiden dalam pemilihan parti yang lepas tidak harus dilepaskan begitu sahaja tanpa mengambil kira sokongan ahli-ahli,” katanya menerusi kenyataan media yang dikirim kepada Utusan Borneo, semalam.

“Begitu juga sebagai Pengerusi MPN Pulau Pinang kerana kita yakin dan percaya Presiden telah berunding dengan ketua-ketua cabang sebelum beliau mengumumka­n pilihan mereka.”

Selain itu katanya, PKR Cabang Hulu Rajang berpendapa­t janganlah kerana telah ditakdirka­n sebagai anak Presiden Parti maka segala ruang dan peluang tertutup dan tidak boleh memegang jawatan penting dalam parti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia