Utusan Borneo (Sarawak)

Unit Bumiputera UPP Bawang Assan sokong penuh penjenamaa­n semula kepada PSB

-

SIBU: Unit Bumiputera Parti Rakyat Bersatu (UPP) Cawangan Bawang Assan menyokong penuh dengan penjenamaa­n semula parti kepada Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Pengerusi Unit, Andrew Shilling berkata, jawatankua­sa Induk, Wanita dan Pemuda Bumiputera Bawang Assan juga menyokong logo baharu parti yang dipersetuj­ui semasa Persidanga­n Delegasi Luar Biasa (EDC) di Kuching pada 8 Disember lepas.

“Unit Bumiputera Bawang Assan termasuk Wanita dan Pemuda menyokong sepenuhnya keputusan penjenamaa­n semula UPP yang dibuat semasa EDC baru-baru ini,” ujarnya kepada pemberita, semalam.

Beliau ditemui selepas mempengeru­sikan mesyuarat Unit di Pejabat UPP Bawang Assan, yang dihadiri oleh Jawatankua­sa Induk Unit, Wanita dan Pemuda.

Menurut Andrew, beliau berharap Jabatan Pendaftar Pertubuhan ( ROS) dapat mempercepa­tkan kelulusan pendaftara­n PSB.

“Agar kita boleh terus melangkah ke hadapan dan menyemak semula perancanga­n untuk tahun-tahun akan datang,” jelasnya.

Disamping itu katanya, Unit turut menyokong keputusan EDC lepas dalam terutama dalam perjuangan politik parti bagi memperjuan­gkan hakhak penduduk Sarawak, tanpa mengira agama, bangsa dan kepercayaa­n.

“Kedua, kitajugame­nyokong serta berdiri di belakang Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam memperjuan­gkan hak rakyat neger ini,” katanya.

Menyentuh mengenai mesyuarat, Andrew berkata ia merupakan mesyuarat akhir tahun bagi melihat semula aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan serta bagi merancang aktiviti untuk tahun 2019.

Unit Bumiputera UPP Bawang Assan mempunya keahlian seramai lebih 4,000 orang.

 ??  ?? SOKONG: Andrew (duduk lima kiri) bersama ahli-ahli Unit Bumiputera UPP Bawang Assan selepas mesyuarat.
SOKONG: Andrew (duduk lima kiri) bersama ahli-ahli Unit Bumiputera UPP Bawang Assan selepas mesyuarat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia