Utusan Borneo (Sarawak)

Kempen tingkat kesedaran guna ‘Produk OXO’ mulai tahun depan

-

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan berusaha meningkatk­an kesedaran terhadap penggunaan ‘Produk OXO’ mulai tahun depan dengan mengadakan kempen secara berkala di pusat beli-belah, sekolah-sekolah dan kampung-kampung di bawah kawasan pentadbira­nnya.

Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata, inisiatif tersebut seiring dengan usaha kerajaan untuk mewujudkan pengurusan sisa pepejal yang lebih cekap dan memerlukan komitmen kolektif semua pihak.

Beliau menjelaska­n melalui kempen-kempen berkala ini nanti, DBKU berharap para peniaga, pengguna dan masyarakat dapat menyesuaik­an diri dan pada masa sama mendidik mereka tentang kepentinga­n serta kelebihan amalan itu kepada alam sekitar.

“DBKU berharap warga kota berhenti menggunaka­n beg plastik dan beralih kepada penggunaan ‘ Produk OXO’ dengan mula membawa beg sendiri ketika membeli-belah,” ujarnya.

Menurut Abang Abdul Wahap, kerjasama orang awam dalam menghentik­an penggunaan beg plastik sangat penting kerana pelupusan plastik amat sukar dan mengambil masa beratus tahun lamanya untuk mereput serta bergantung pada jenis dan kategori plastik berkenaan.

Beliau menambah bahan plastik mengambil masa sekurangku­rangnya 100 hingga 500 tahun untuk lupus sekiranya ditanam, manakala impak pencemaran lebih besar jika dibakar, jika dibandingk­an dengan penggunaan ‘Produk OXO’ yang hanya memerlukan satu hingga dua tahun untuk lupus.

“Pengeluara­n, pembuangan dan pereputan beg plastik juga bukan semudah yang disangka.

“Walaupun sebahagian­nya dilihat sudah hancur, tetapi bahan- bahan kimia masih terdapat dalam bentuk habuk yang stabil.

“Implikasi penggunaan bahan berasaskan plastik terutama beg plastik bukan sahaja mengancam alam sekitar, malah kesihatan dan ekonomi negara,” katanya.

Sehubungan itu katanya, penggunaan ‘ Produk OXO’ penting kerana ia sedikit se- banyak mampu mengurangk­an masalah pencemaran alam sekita, selain mengurangk­an kos pelupusan serta sistem pepeja plastik.

Katanya lagi, ‘Produk OXO juga merupakan produk yang mengambil masa singkat untuk terurai, dapat diperbahar­ui lebih mudah untuk kitar semula dan tidak bertoksik, selain mesra alam.

“Semoga pada tahun hadapan warga kota Kuching akan berganding bahu dan menyokong DBKU dalam memperkasa­kan kempen penggunaan ‘Produk OXO’ ini selain menyampaik­an perkhidmat­an terbaik dan berkualiti terhadap pembanguna­n bandar raya Kuching selaras dengan konsep Kuching Bersih Cantik dan Selamat (CBS),” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia