Utusan Borneo (Sarawak)

Transforma­si UPP kepada PSB harus disokong: Dr Rayong

Pembaharua­n drastik dalam dan luaran parti harus dilakukan agar sejajar perkembang­an politik semasa negara

- Oleh Frankie Junau

KUCHING: Masyarakat khususnya golongan muda dan penyokong setia Parti Rakyat Bersatu ( UPP) harus menyokong penuh transforma­si parti bagi menyahut pembaharua­n selari perubahan pantas politik hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr JohnicalRa­yongNgipab­erkata, perubahan drastik dalam dan luaran parti harus dilakukan sejajar perkembang­an politik semasa negara yang memerlukan sebuah parti yang dinamik, progresif, berbilang kaum serta boleh memenuhi aspirasi pengundi muda tanpa mengabaika­n pengundi dan penyokong lama UPP.

“Maka itu, kita di pihak kepimpinan pusat menerusi CWC, sayap Wanita dan Pemuda Pusat bertekad membawa pembaharua­n ke dalam parti ini hingga tertubuhny­a Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan perubahan logo bagi menggantik­an UPP,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Uring, Ensurai Abau, Batang Ai Ili kelmarin.

Dr Rayong yang juga Ketua Pemuda UPP berkata, setelah hampir lima tahun, adalah amat mengujakan apabila UPP bakal membuka lembaran baharu.

“Kita perlu optimistik dan melihat ke hadapan bahawa kelahiran PSB yang dilancarka­n pada 8 Disember lalu oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sempena Persidanga­n Delegasi Luar Biasa (EDC) merupakan lembaran baharu kepada UPP,” katanya sambil menambah perjuangan, roh dan aspirasi UPP diteruskan dalam sebuah kapal baharu yang lebih kukuh, berdaya saing dan dinamik iaitu PSB.

Sehubungan itu, Dr Rayong berharap Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS)

Kita perlu optimistik dan melihat ke hadapan bahawa kelahiran PSB yang dilancarka­n pada 8 Disember lalu oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sempena Persidanga­n Delegasi Luar Biasa (EDC) merupakan lembaran baharu kepada UPP.

Dr Johnical Rayong Ngipa ADUN Engkilili

mempercepa­tkan kelulusan pendaftara­n PSB agar para pemimpin dan ahli-ahlinya dapat merangka strategi mantap dalam mewarnai dunia politik tempatan.

Bercakap lanjut, beliau tetap menekankan PSB menyokong penuh kepimpinan Abang Johari dalam mengemudi Sarawak sejajar aspirasi, misi dan visi beliau yang secara konsisten memperjuan­gkan semua hak Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta kuasa eksklusif terhadap minyak dan gas.

“Saya menyeru semua pihak khususnya penyokong setia UPP sebelum ini kekal berdiri teguh di belakang Presiden Dato Sri Wong Soon Koh dan barisan kepimpinan parti dalam memperkasa­kan PSB untuk meletakkan­nya sebagai sebuah parti yang disegani, dihormati kawan dan lawan serta berbakti kepada negeri dan negara,” ujarnya sambil menambah PSB terbuka kepada semua kaum untuk menyertain­ya.

Terdahulu, Dr Rayong merasmikan rumah stor dan atap baharu Rumah Uring yang siap dibina baru-baru ini dengan dana Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) 2018.

Sebagai tambahan, beliau mengumumka­n pemberian geran projek kecil luar bandar (MRP) kepada ahl Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Uring bernila RM5,000, manakala Biro Wanita mendapat RM3,000.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah wakil- waki jabatan kerajaan, Penghulu Gerang Anchih, para kaunselor, tuai-tuai rumah serta penduduk di sekitar Batang Ai Ili, Skrang.

 ??  ?? APA KHABAR?: Dr Rayong bersalaman dengan hadirin yang menyambut ketibaan beliau di Rumah Uring, Batang Ai Ili, Skrang. Turut kelihatan Gerang (kanan) serta yang lain.
APA KHABAR?: Dr Rayong bersalaman dengan hadirin yang menyambut ketibaan beliau di Rumah Uring, Batang Ai Ili, Skrang. Turut kelihatan Gerang (kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia