Utusan Borneo (Sarawak)

PDRM akan pastikan Ops Selamat capai misi dengan kerjasama ERT

-

Dalam usaha meminimumk­an kemalangan jalan raya, kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak sedang merangka operasi khas untuk memastikan kempen keselamata­n jalan raya Ops Selamat mencapai misinya.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Dato Azman Yusof berkata, bagi tujuan ini pihak polis akan meneruskan kerjasama dengan agensi dan jabatan kerajaan yang lain menerusi pendekatan ‘Emergency Response Team (ERT)’.

ERT terdiri daripada lapan jabatan dan agensi kerajaan iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pengangkut­an Jalan, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n, pihak berkuasa tempatan, Angkatan Pertahanan Awam, Lembaga Sungai Sarawak, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Jabatan Kesihatan.

“Melalui pembentuka­n ERT, saya berharap semua pelan tindakan yang telah kami rancangkan dapat dilaksanak­an dengan lebih berkesan dan teratur untuk mengurangk­an kes kemalangan jalan raya terutama yang melibatkan kematian.

“Komitmen dan kerjasama dari semua jabatan dan agensi yang terlibat menunjukka­n keazaman mereka dalam mencari penyelesai­an kepada isu ini dan keprihatin­an mereka kepada pengguna jalan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Pelancaran Ops Selamat Hari Krismas di Pintu Gerbang Sibu, semalam.

Turut hadir Menteri Kewangan Kedua dan Menteri Perdaganga­n dan E-Dagang Dato Sri Wong Soon Koh, Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Datuk Tiong Thai King, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Pelawan David Wong Kee Woan dan ketua polis Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit.

Dalam sidang akhbar kemudianny­a, Azman mendedahka­n 17 lokasi di tujuh daerah telah dikenal pasti sebagai lokasi kerap kemalangan di negeri ini.

Kawasan- kawasan ini terletak di Bau iaitu KM2, Jalan Bau/Lundu; KM9, Jalan Bau/ Lundu; di Kota Samarahan iaitu KM1, Jalan Datuk Mohd Musa; KM11 Jalan Datuk Mohd Musa; KM16, Jalan Datuk Mohd Musa; di Sri Aman iaitu KM65, Jalan Sri Aman/Kuching; KM20, Jalan Sri Aman/Sarikei; KM53, Jalan Sri Aman/Sarikei; KM56, Jalan Sri Aman/Sarikei; di Lubok Antu iaitu KM35, Jalan Sri Aman/Sarikei; di Sarikei iaitu KM431, Jalan Betong/Sarikei/ Meradong; di Mukah iaitu KM71, Jalan Sibu/Bintulu; KM79, Jalan Sibu/Bintulu; dan di Lawas iaitu KM1, Jalan Lawas/Trusan; KM4, Jalan Lawas/Merapok.

Mengenai perkara yang sama, beliau berkata jumlah kes kemalangan yang direkod- kan di negeri ini adalah 18,780 dari Januari hingga November tahun ini, di mana meningkat sebanyak 3.3 peratus atau 600 kes direkodkan dalam tempoh yang sama pada tahun 2017.

 ??  ?? HATI-HATI: Azman memakaikan topi keledar kepada salah seorang penunggang motosikal sambil diperhatik­an Wong (dua kiri) dan David (kiri).
HATI-HATI: Azman memakaikan topi keledar kepada salah seorang penunggang motosikal sambil diperhatik­an Wong (dua kiri) dan David (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia