Utusan Borneo (Sarawak)

Maxis anjur acara amal bersama komuniti Kampung Quop

30 sukarelawa­n dari pejabat serantau Maxis, KL mengendali­kan bengkel literasi digital di Pusat Internet kampung terbabit

-

KUCHING: Maxis Berhad mengadakan inisiatif amal perayaan bersama komuniti Bidayuh di Kampung Quop di sini bersempena dengan sambutan Hari Krismas tidak lama lagi.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, 30 sukarelawa­n dari pejabat serantau Maxis dan Kuala Lumpur telah mengendali­kan bengkel literasi digital di Pusat Internet (PI) kampung terbabit.

PI tersebut yang dimiliki Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) adalah salah satu daripada 52 PI yang dikendalik­an Maxis di Sarawak.

Pihaknya turut menjemput 30 usahawan yang memiliki perniagaan tempatan kecil untuk menyertai bengkel pemasaran digital.

Menerusiny­a para peserta diajar cara-cara untuk mengoptimu­mkan perniagaan mereka dengan menggunaka­n media sosial, penciptaan kandungan dan fotografi.

Pada masa yang sama, sukarelawa­n Maxis juga melatih para peserta cara untuk menulis kapsyen, mengambil gambar dan merakam video yang menarik untuk memasarkan produk mereka di Facebook, Instagram, YouTube dan WordPress.

Turut hadir Ketua Pegawai Komunikasi dan Sektor Ekosistem Digital Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( SKMM) Dato Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus, Ketua Pengarah SKMM Sarawak Roslan Mohammad dan Ketua Jualan dan Perkhidmat­an Maxis Tan Lay Han dan

RosnahDoll­ah,51,usahawan yang menjual cendawan tanaman sendiri mengakui gembira diberi peluang untuk menghadiri bengkel tersebut kerana bukan celik IT.

“Saya hanya tahu mengenai Facebook, Instagram dan YouTube melalui anak saya, tetapi hari ini saya telah mendapat banyak pengetahua­n m e n g e n a i c a r a - c a r a mempromosi­kan perniagaan di pelbagai platform digital,” katanya

Pada masa yang sama, sekitar 60 pelajar dari Kampung Quop dan Kampung Taiee mengambil bahagian dalam bengkel literasi digital yang mengajar mereka cara membezakan berita palsu dan benar.

Para peserta turut diajar untuk berhati-hati terhadap penipuan dalam talian, cara

Saya hanya tahu mengenai Facebook, Instagram dan YouTube melalui anak saya, tetapi hari ini saya telah mendapat banyak pengetahua­n mengenai cara-cara mempromosi­kan perniagaan di pelbagai platform digital.

Rosnah Dollah Usahawan cendawan

 ??  ?? TIMBA ILMU: Jemputan (tengah) bergambar bersama para usahawan PKS yang turut menerima beg cenderamat­a.
TIMBA ILMU: Jemputan (tengah) bergambar bersama para usahawan PKS yang turut menerima beg cenderamat­a.
 ??  ?? BIMBINGAN: (Dari kiri) Lay Han, Mohd Ali dan Angelina bersama salah seorang peserta bengkel pemasaran digital dan Ketua Ha Ehwal Korporat Maxis Mariam Bevi Batcha.
BIMBINGAN: (Dari kiri) Lay Han, Mohd Ali dan Angelina bersama salah seorang peserta bengkel pemasaran digital dan Ketua Ha Ehwal Korporat Maxis Mariam Bevi Batcha.
 ??  ?? TERUJA: Rosnah usahawan tanaman cendawan mempelajar ilmu baru buat dirinya.
TERUJA: Rosnah usahawan tanaman cendawan mempelajar ilmu baru buat dirinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia