Utusan Borneo (Sarawak)

Pasukan pembelaan Najib gagal peroleh surat pelantikan ketua pendakwa

-

Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes SRC Internatio­nal Sdn Bhd gagal mendapatka­n surat kebenaran bagi pelantikan ketua pendakwaan, Datuk Sulaiman Abdullah, setelah Mahkamah Tinggi semalam memutuskan bahawa tiada keperluan undang-undang bagi pendakwaan berbuat demikian.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam penghakima­nnya berkata, instrumen pelantikan hanya perlu ditunjukka­n kepada mahkamah dan bukan kepada tertuduh.

Mohd Nazlan berkata mahkamah maklum bahawa ada perkara yang kurang jelas mengenai perlantika­n Sulaiman tetapi menegaskan bahawa Jabatan Peguam Negara telah mengeluark­an kenyataan media pada 31 Ogos.

“Kenyataan media yang tertera nama Peguam Negara (AG) Tommy Thomas yang menyatakan dengan jelas bahawa Sulaiman akan mengetuai kes ini.

“Saya menganggap permohonan ini tiada merit,” kata hakim itu selepas menolak permohonan pembelaan su- paya pendakwaan mengemukak­an surat itu kepada mereka.

Mohd Nazlan berkata surat pelantikan diklasifik­asikan mengikut Seksyen 16A Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 dan tidak boleh dipersoal di mahkamah.

“Oleh itu, saya menolak permohonan ini,” katanya selepas mendengar hujah yang dikemukaka­n oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Najib dan Sulaiman, yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan oleh Jabatan Peguam Negara.

Muhammad Shafee turut memaklumka­n mahkamah bahawa beliau akan mengemukak­an rayuan terhadap keputusan semalam.

Terdahulu, Muhamamd Shafee dalam hujahnya mempersoal­kan sama ada kenyataan media yang dikeluarka­n oleh AG melantik Sulaiman untuk mengendali­kan pendakwaan jenayah mencukupi memandangk­an tiada tandatanga­n padanya.

Beliau juga berpendapa­t menjadi tugas pihak pendakwa mengemukak­an surat kuasa atau surat pelantikan kepada mahkamah dan menambah bahawa dokumen itu merupakan prasyarat.

Sulaiman menegaskan bahawa pihak pendakwa tidak akan mengemukak­an surat pelantikan itu kerana ia telah diklasifik­asikan di bawah OSA.

“AG secara peribadi telah menjalanka­n pendakwaan sebelum ini dan menyatakan secara terbuka bahawa beliau menyerahka­n kes itu kepada peguam, iaitu Sulaiman Abdullah,” katanya.

Pada 26 Nov, pasukan pembelaan memfailkan permohonan untuk Sulaiman mengemukak­an surat kebenaran pelantikan beliau sebagai ketua pendakwaan dalam kes Najib.

Najib, 65, yang berada di dalam kandang tertuduh kelihatan tenang sepanjang prosiding.

Pada 4 Julai, Ahli Parlimen Pekan itu didakwa dengan tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalah guna jawatannya berhubung dana SRC Internatio­nal Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Pada 8 Ogos pula, beliau didakwa dengan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitka­n jumlah wang sama milik dana SRC — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TUMPUAN: Najib (tengah) hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta bagi mendengar sebutan kes beliau membabitka­n salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC Internatio­nal Sdn Bhd.
— Gambar Bernama TUMPUAN: Najib (tengah) hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta bagi mendengar sebutan kes beliau membabitka­n salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC Internatio­nal Sdn Bhd.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia