Utusan Borneo (Sarawak)

Muhammad Shafee fail permohonan Sri Ram tarik diri

Pada masa ini Sri Ram juga mewakili Anwar dalam kes sivil yang sama

-

KUALA LUMPUR: Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang menghadapi dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua pertuduhan membuat penyata tidak betul kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), memfailkan permohonan supaya bekas Hakim Mahkamah Persekutua­n Datuk Seri Gopal Sri Ram menarik diri daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam kesnya.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Izzat Fauzan ketika ditemui pemberita berkata pihak pembelaan telah memfailkan permohonan untuk membatalka­n pelantikan Sri Ram bagi mengetuai pasukan pendakwaan.

“Pihak pembelaan telah menyerahka­n notis usul dan afidavit kepada pihak pendakwaan. Mahkamah menetapkan 22 Januari depan untuk pihak pendakwaan memfailkan

Pengurusan kes seterusnya ditetapkan pada 24 Januari 2019 di hadapan Hakim ”

Collin Lawrence Sequerah.

afidavit jawapan berkenaan permohonan itu.

“Pengurusan kes seterusnya ditetapkan pada 24 Januari 2019 di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah,” katanya selepas selesai prosiding di dalam kamar Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Farah Azura Mohd Saad di sini semalam.

Sementara itu, peguam Sarah Abishegam yang mewakili Muhammad Shafee ketika dihubungi memaklumka­n pihaknya telah memfailkan permohonan itu minggu lepas.

Pada 13 September lepas, dalam prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi, Muhammad Shafee memberitah­u bahawa beliau akan membuat permohonan rasmi untuk melucutkan kelayakan Sri Ram daripada mengendali­kan kesnya memandangk­an pada masa ini Sri Ram juga mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Rayuan dalam kes sivil membabitka­n isu RM9.5 juta yang sama.

Muhammad Shafee berkata demikian semasa beliau berada dalam kandang tertuduh dan turut memberitah­u bahawa beliau tidak mahu Sri Ram dalam apa juga cara terlibat dalam kes yang dihadapiny­a selain mendakwa Sri Ram berada dalam kapasiti tidak bebas dan mempunyai agenda.

Muhammad Shafee juga mendedahka­n di dalam mahkamah terbuka yang hubunganny­a dengan Sri Ram tidak baik.

“Kami tidak mempunyai hubungan yang baik. Kami berpura-pura bersopan terhadap satu sama lain di mahkamah,” katanya, menambah ia bermula lewat 70-an berhubung kes-kes di mahkamah.

Pada 31 Ogos lepas, Peguam Negara Tommy Thomas mengumumka­n pelantikan Sri Ram yang juga peguam terkemuka sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan untuk mengendali­kan keseluruha­n proses pendakwaan melibatkan 1Malaysia Developmen­t Berhad.

Dalam kenyataan medianya, Thomas berkata pelantikan itu seiring dengan Seksyen 376 ( 3) Kanun Tatacara Jenayah memandangk­an Sri Ram mempunyai pengalaman yang luas dalam undang-undang jenayah dan beliau akan berkhidmat secara pro bono. — Bernama

Muhammad Izzat Fauzan Timbalan Pendakwa Raya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia