Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua Polis P. Pinang mahu siasatan menyeluruh kematian anggota

-

Polis Pulau Pinang berikrar akan menjalanka­n siasatan menyeluruh berhubung kematian seorang anggota Cawangan Khas yang mayatnya ditemui di depan sebuah hotel di Pulau Tikus kelmarin.

Ketua Polis negeri Datuk Seri A. Thaiveegan berkata beliau telah mengarahka­n Jabatan Siasatan Jenayah serta bahagian disiplin untuk menjalanka­n siasatan terperinci berkaitan kejadian.

“Kami pandang serius kes ini dan saya telah arahkan siasatan menyeluruh merangkumi beberapa aspek bagi menentukan sebab anggota ini berada di situ dan siapa arahkan dia ke sana,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Kelmarin, polis dimaklum- kan tentang penemuan mayat lelaki di tepi jalan di depan hotel itu pada jam 4.45 pagi yang kemudian dikenal pasti sebagai Kpl Sofian Sahari, 47, anggota Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut.

Siasatan awal mendapati Allahyarha­m dipercayai terjatuh dari bangunan hotel berkenaan selepas menghadiri sambutan hari jadi rakannya yang juga anggota Polis Kontinjen Pulau Pinang.

Pada masa sama, Thaiveegan meminta orang ramai agar tidak membuat spekulasi berhubung kejadian.

“Kami akan maklumkan kepada orang ramai apabila siasatan selesai,” katanya menambah polis telah mengambil keterangan saksi sementara menunggu laporan bedah siasat.

Sementara itu, Thaiveegan berkata pihaknya telah menyerahka­n laporan siasatan kejadian tanah runtuh di tapak projek lebuh raya Jalan Bukit Kukus pada 19 Okt lalu kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Katanya, turut diserahkan ialah laporan siasatan kes seorang koperal polis menembak mati lelaki yang cuba menyerangn­ya dengan pisau pemotong buah dalam kejadian 23 Nov lalu di Jalan Ria berhampira­n Komtar.

Terdahulu, bersempena persaraann­ya pada penghujung bulan ini, Thaiveegan mengadakan lawatan dan beramah mesra dengan anggota dan pegawai di IPD Barat Daya di sini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia