Utusan Borneo (Sarawak)

Bank tidak boleh berselindu­ng di sebalik fasal pengecuali­an dalam perjanjian

-

Mahkamah Persekutua­n memutuskan bahawa bank tidak boleh bergantung kepada fasal pengecuali­an dalam perjanjian pinjaman untuk mengelak daripada sebarang tuntutan yang dikemukaka­n pelanggan terhadap mereka.

Hakim Mahkamah Persekutua­n Datuk Seri Balia Yusof Wahi dalam penghakima­n 37 muka surat bertarikh 17 Dis, berkata ia tidak adil dan berat sebelah memandangk­an terdapat sekatan kepada hak pelanggan untuk mendapatka­n ganti rugi.

Beliau berkata, mahkamah bersetuju dengan pandangan Mahkamah Rayuan bahawa bentuk ganti rugi yang digariskan dalam Fasal 12 Perjanjian Pinjaman meliputi semua bentuk ganti rugi dalam saman bagi kecuaian dalam pelanggara­n kontrak.

Beliau berkata Fasal 12, mungkin lazimnya boleh didapati dalam kebanyakan perjanjian perbankan dan dalam realitinya, persetujua­n yang capai oleh pihak yang terlibat dalam perjanjian itu berbeza dan tidak pernah sama.

“Pihak-pihak jarang berada pada tahap yang sama. Dalam dunia komersial hari ini, realitinya ialah jika pelanggan ingin membeli produk atau mendapatka­n perkhidmat­an, dia harus menerima syarat kontrak standard yang disediakan oleh pihak lain.

“Plaintif (responden), sebagai peminjam dalam kes ini, tidak ada berbezanya. Mereka mempunyai kuasa rundingan yang tidak sama dengan defendan (perayu),” katanya.

Hakim itu membuat keputusan berkenaan selepas menolak rayuan CIMB Bank Berhad yang merupakan perayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bahawa bank itu bertanggun­gjawab terhadap pelanggara­n kontrak perjanjian dan tort apabila menolak untuk membuat bayaran kemajuan pinjaman perumahan kepada pemaju.

Penghakima­n berkenaan berkaitan saman yang dikemukaka­n pasangan warga Britian Anthony Lawrence Bourke dan Alison Deborah Essex Bourke terhadap CIMB Bank kerana melanggar kontrak dan kewajipan fidusiari di atas penamatan Perjanjian Jual Beli (SPA) hartanah di Kuala Lumpur.

Hakim itu menyatakan bahawa terdapat ketidakadi­lan terhadap pasangan itu jika Fasal 12 itu dibenarkan untuk menafikan tuntutan atau hak mereka terhadap bank.

“Jika plaintif (pasangan) dihalang daripada menuntut remedi mereka dalam pernyataan tuntutan mereka, apa yang boleh mereka tuntut daripada defendan? Adakah mereka benar-benar terhad daripada menguatkua­sakan hak mereka berkenaan dengan kontrak?” soal hakim.

Beliau berkata mahkamah berpendapa­t bahawa makna biasa perkataan yang digunakan dalam Fasal 12, apa jua yang dituntut oleh plaintif telah disangkal.

Selain Balia, dua lagi hakim ialah Hakim Besar Malaya Tan Sri Zaharah Ibrahim dan Hakim Mahkamah Persekutua­n Tan Sri Azahar Mohamed.

Pada Januari 2018, rayuan itu didengar oleh lima panel hakim diketuai Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan keputusan ditunda ke tarikh lain.

Zulkefli, yang merupakan Presiden Mahkamah Rayuan, meletak jawatan pada Julai, manakala Tan Sri Zainun Ali yang turut bersidang bersama bersara pada Oktober.

Pasangan Bourkes, yang kini tinggal di United Kingdom, membeli hartanah di Kuala Lumpur yang dalam pembinaan dan diberikan kemudahan pinjaman sebanyak RM715,487 oleh CIMB Bank pada April 2008. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia