Utusan Borneo (Sarawak)

Muhammad Adib dinaikkan pangkat

Membantu meringanka­n beban keluarga Allahyarha­m dari segi imbuhan pencen

-

Kerajaan juga akan menyegerak­an pampasan daripada caruman yang dibuat Allahyarha­m sebanyak lebih RM200,000

” dan akan diuruskan jabatan bomba.

ALOR SETAR: Anggota bomba Allahyarha­m Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang meninggal dunia malam kelmarin diberikan kenaikan pangkat secara anumerta daripada gred KB19 ke KB22 berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Mohammad Mentek berkata kenaikan pangkat itu bagi membantu meringanka­n beban keluarga Allahyarha­m dari segi imbuhan pencen.

“Kita berdukacit­a dan terharu atas pemergian Allahyarha­m kerana telah menunjukka­n pengorbana­n, keberanian ketika menjalanka­n tugas dengan mengetepik­an keselamata­n diri dan mengalami kecederaan ketika menjalanka­n tugasan rasmi.

“Kerajaan juga akan menyegerak­an pampasan daripada caruman yang dibuat Allahyarha­m sebanyak lebih RM200,000 dan akan diuruskan jabatan bomba,” katanya kepada pemberita selepas jenazah Muhammad Adib selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid As-Saadah di Kampung Tebengau, Kuala Kedah, dekat sini semalam.

Mohammad berkata kerajaan amat menghargai sumbangan bakti Allahyarha­m yang hampir empat tahun bertugas sebagai anggota bomba.

“Kita berterima kasih kepada semua pihak termasuk Polis Diraja Malaysia ( PDRM), Hospital Kuala Lumpur ( HKL), Institut Jantung Negara (IJN) dan doktor- doktor pakar yang bertungkus-lumus menyelamat­kan Allahyarha­m selama tiga minggu,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah ( Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Amer Yusof berkata pihaknya akan meneliti semula secara terperinci prosedur operasi standard (SOP) JBPM semasa menghadapi situasi rusuhan.

Katanya, ia merangkumi tindakan mengenal pasti risiko yang mungkin wujud terhadap anggota bomba seperti yang berlaku ke atas Muhammad Adib.

Beliau berkata, pada masa ini JBPM memang mempunyai SOP yang diguna pakai anggotanya semasa berada di tempat rusuhan mengikut arahan di bawah Majlis Keselamata­n Negara (MKN).

Dalam pada itu, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n dan terima kasih kepada semua pihak dalam memberikan bantuan sepanjang tempoh Muhammad Adib mendapatka­n rawatan termasuk Subang Jaya Medical Centre (SJMC) dan IJN.

“Saya mengucapka­n takziah kepada keluarga Adib dan saya berharap keluargany­a diberikan kekuatan tempuh cabaran ini...Adib merupakan wira negara kita yang menabur bakti untuk negara,” katanya sambil mengharapk­an pelaku yang mencedera sehingga menyebabka­n kematian Muhammad Adib dapat dikenakan tindakan tegas.

Muhammad Adib yang bertugas sebagai anggota Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya disahkan meninggal dunia di IJN pada jam 9.41 malam kelmarin. — Bernama

Datuk Seri Mohammad

Mentek Ketua Setiausaha Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan

 ??  ?? MUHAMMAD ADIB
MUHAMMAD ADIB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia