Utusan Borneo (Sarawak)

Muhammad Adib perlu dikenang sebagai wira, kata bapa saudara

-

“Muhammad Adib perlu dikenang sebagai wira negara”.

Itu pandangan Kasim Md Isa, bapa saudara anggota bomba Allahyarha­m Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, ketika ditemui di rumah ibu bapa Allahyarha­m di Kampung Tebengau Tepi Laut, Kuala Kedah di sini, semalam.

Kasim, 61, menjelaska­n, anggota keluarga sangat kecewa dengan kejadian yang menimpa Muhammad Adib kerana dia dibelasah ketika menjalanka­n tugas untuk memadamkan kebakaran di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, USJ25, Subang Jaya, dalam kejadian rusuhan pada 27 Nov lalu.

“Kami reda dengan pemergian Alalhyarha­m yang kami anggap wira kami dan wira negara. Saya harap pihak polis menggiatka­n lagi siasatan dan membawa pesalah ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman setimpal,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Berikutan kejadian yang menimpa anak kedua daripada empat beradik itu majlis perkahwina­nnya yang dijadualka­n berlangsun­g pada 22 Disember ini dibatalkan kata Kasim.

“Dia sempat balik rumah bercuti lima hari membuat persiapan kenduri sebelum kembali bertugas semula. Har pertama balik bertugas, dia dibelasah… kami sedih dengan kejadian ini,” katanya.

Sementara itu, penduduk kampung dan saudara-mara memenuhi pekarangan rumah anggota keluarga anggota bomba itu sejak jam 7 pagi.

Muhammad Adib yang parah setelah dipukul sekumpulan perusuh dalam kejadian d Kuil Sri Maha Mariamman Seafield, USJ25, Subang Jaya Selangor pada 27 November lalu meninggal dunia di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, pada jam 9.41 malam kelmarin.

Jenazahnya dikebumika­n di tanah perkuburan Masjid As-Saadah di sini, selepas solat Zuhur. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia