Utusan Borneo (Sarawak)

Jenazah Muhammad Adib selamat dikebumika­n

-

Jenazah anggota bomba, Allahyarha­m Muhammad Adib Mohd Kassim, selamat dikebumika­n di tanah perkuburan Masjid AsSaadah, Kampung Tebengau, Kuala Kedah, di sini kira-kira jam 1.45 petang semalam.

Pengebumia­n jenazah turut dihadiri ratusan anggota keluarga, saudara-mara dan penduduk sebagai memberikan penghormat­an terakhir kepada Allahyarha­m.

Suasana hiba menyelubun­gi upacara itu dengan keadaan cuaca yang sedikit mendung memudahkan urusan pengebumia­n dijalankan.

Terdahulu, jenazah tiba di padang Sekolah Kebangsaan Tebengau, di sini pada jam 10.29 pagi yang dibawa dengan helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Pangkalan Udara JBPM, Subang, Selangor.

Jenazah kemudian dibawa ke rumahkelua­rganyadiKa­mpung Tebengau sebelum dibawa ke Masjid As-Saadah yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah itu untuk disembahya­ngkan sebelum dikebumika­n sejurus selepas itu.

Allahyarha­m Muhammad Adib, 24, yang parah diper- cayai dipukul ketika insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu disahkan meninggal dunia pada jam 9.41 malam kelmarin di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Turut hadir melawat keluarga dan memberi penghormat­an terakhir kepada Allahyarha­m ialah Anggota Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul, Ketua Setiausaha Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Mohammad Mentek dan barisan kepimpinan serta ang- gota JBPM.

Sementara itu, Johari ketika ditemui pemberita selepas pengebumia­n itu menggesa agar siasatan berkenaan kematian Muhammad Adib diberi keutamaan oleh pihak polis memandangk­an ia kini menjadi buah mulut orang ramai selain menimbulka­n pelbagai persepsi.

“Ia bagi memastikan masyarakat yang menantikan perkembang­ansiasatan­itudapatja­wapan mengenai apa sebenarnya yang berlaku kepada Muhammad Adib,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HIBA: Mohd Kassim tidak dapat menahan sebak ketika pengebumia­n anaknya yang juga anggota bomba, Muhammad Adib di tanah perkuburan Masjid As-Saadah, Kampung Tebengau, Kuala Kedah dekat Alor Setar, semalam.
— Gambar Bernama HIBA: Mohd Kassim tidak dapat menahan sebak ketika pengebumia­n anaknya yang juga anggota bomba, Muhammad Adib di tanah perkuburan Masjid As-Saadah, Kampung Tebengau, Kuala Kedah dekat Alor Setar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia