Utusan Borneo (Sarawak)

Muhammad Adib berkhidmat kepada negara dengan penuh dedikasi: Waytha Moorthy

-

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P. Waytha Moorthy berkata beliau berkongsi kesedihan keluarga anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang meninggal dunia malam kelmarin di Institut Jantung Negara (IJN) susulan insiden rusuhan di sebuah kuil bulan lepas.

Beliau menyifatka­n Allahyarha­m sebagai anggota bomba yang berani dan berwibawa dan telah berkhidmat untuk negara dengan penuh dedikasi.

Pihak polis, katanya, sedang bekerja keras bagi memastikan pesalah jenayah kejam yang menimpa Allahyarha­m dibawa ke muka pengadilan dengan pantas.

“Saya ingin mengucapka­n takziah kepada keluarga Muhammad Adib ...kami berkongsi kesedihan keluargany­a dan negara berkabung bersama keluarga Muhammad Adib dalam masa getir ini,” katanya dalam kenyataan awal pagi semalam.

Dalam menggesa semua rakyat untuk memanjatka­n doa buat Allahyarha­m, menteri yang bertanggun­g jawab bagi perpaduan nasional dan kesejahter­aan sosial itu menarik perhatian bahawa fabrik sosial negara ini terbina daripada perpaduan dan keamanan yang dikecapi sejak sekian lama.

Muhammad Adib cedera parah susulan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November lalu ketika bertugas dalam operasi memadam kebakaran di hadapan premis berkenaan.

Allahyarha­m meninggal dunia jam 9.41 malam kelmarin di IJN.

Dalam pada itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo menyifatka­n pemergian anggota bomba sebagai peristiwa sedih buat semua rakyat Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia