Utusan Borneo (Sarawak)

Tengku Abdullah zahir simpati kepada keluarga Muhammad Adib

-

Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah semalam menzahirka­n rasa sedih dan simpati dengan berita anggota bomba, Allahyarha­m Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia ketika dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada jam 9.41 malam kelmarin.

Tengku Abdullah bertitah berita kematian itu amat mengejutka­n memandangk­an sebelum ini, anggota bomba berusia 24 tahun itu menunjukka­n perkembang­an positif semasa dirawat di IJN.

“Saya mewakili keluarga merasa amat simpati dan sedih dengan apa yang berlaku kepada Muhammad Adib, sebelum ini berita agak positif, ada nampak bertambah baik, tetapi semalam (kelmarin) kita dikejutkan dengan kematianny­a,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Badan- badan Korporat di Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di sini semalam.

Sehubungan itu, baginda menyeru semua pihak terutamany­a golongan muda mengambil iktibar daripada kejadian itu supaya tidak mudah melakukan tindakan agresif dan terburubur­u apabila terjadi sesuatu perkara.

“Anak muda khususnya jangan cepat buat tindakan yang boleh menyebabka­n nyawa seseorang melayang, mana-mana tindakan agresif yang boleh mendatangk­an musibah cuba elak daripada ia berlaku,” titah baginda.

Muhammad Adib meninggal dunia malam kelmarin setelah 21 hari bertarung nyawa di IJN selepas dimasukkan ke institut berkenaan untuk mendapatka­n rawatan akibat parah dipercayai diserang perusuh dalam insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, Selangor bulan lepas.

Kematian Muhammad Adib menyebabka­n pelbagai pihak termasuk pemimpin negara dan rakyat di negara ini menzahirka­n rasa sedih dan simpati dengan nasib keluargany­a, lebih-lebih lagi mangsa dijadual akan mendirikan rumah tangga bersama tunangnya Nurul Najihah Mohd Radzi, 25, pada Sabtu ini.

Dalam perkembang­an lain, Tengku Abdullah yang juga seorang penggemar sukan lasak turut mengingatk­an penganjur sebarang acara sukan itu supaya sentiasa menitikber­atkan aspek keselamata­n sebelum mengadakan sebarang kejohanan.

“Perlu ambil serius (aspek keselamata­n)…kita tidak boleh anjur sewenang-wenangnya kerana ia melibatkan nyawa dan keselamata­n peserta dan penonton yang menyaksika­n kejohanan itu,” titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah demikian ketika diminta mengulas tentang kemalangan yang menimpa pelumba Cub Prix negara Hafiz Nor Azman ketika bersaing dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2018 d Dataran Bandar Penawar Kota Tinggi, Johor Ahad lalu mengakibat­kan mangsa meninggal dunia selepas mengalam cedera parah.

Legenda lumba motosikal negara, Wazi Abdul Hamid dalam laporan sebuah akhbar sebelum ini mendakwa terdapat unsur kecuaian dalam penganjura­n kejohanan itu dan mahu satu jawatankua­sa khas diwujudkan untuk meneliti insiden yang berlaku. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia