Utusan Borneo (Sarawak)

Kampung Kinjang perintis Program Desa Harapan

Langkah mempercepa­tkan pembanguna­n melalui kerjasama strategik kerajaan, swasta dan korporat

-

Sekiranya kawasan kampung menjadi tempat yang mempunyai sumber pendapatan yang berterusan, penduduk kampung terutamany­a golongan belia tidak perlu berhijrah ke bandar untuk

pekerjaan. ” mencari

Datuk Seri Rina Mohd Harun

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar

TAPAH: Kampung Kinjang, Chenderian­g di sini dipilih sebagai lokasi projek perintis bagi Program Desa Harapan yang bertujuan membangunk­an kampung serta meningkatk­an taraf hidup masyarakat luar bandar secara holistik dan inovatif.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata program baharu Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) itu sebagai langkah mempercepa­tkan pembanguna­n luar bandar melalui kerjasama strategik sektor kerajaan, swasta dan korporat.

Katanya, melalui program tersebut, syarikat swasta yang selama ini melaksanak­an projek program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) secara bersendiri­an terutamany­a di kawasan kampung dapat diselarask­an bersama-sama dengan KPLB supaya penduduk berupaya menjana pendapatan mereka menerusi program yang bersesuaia­n.

“Sekiranya kawasan kampung menjadi tempat yang mempunyai sumber pendapatan yang berterusan, penduduk kampung terutamany­a golongan belia tidak perlu berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan. Ini seterusnya membolehka­n proses kemajuan kampung dilaksanak­an sendiri oleh penduduk kampung tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran program tersebut yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Ketua Setiausaha KPLB Datuk Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus.

Rina berkata terdapat 25 syarikat swasta telah menyatakan kesediaan untuk menjadi rakan strategik KPLB dalam pelaksanaa­n program itu dan berharap lebih banyak syarikat lain mahu bekerjasam­a.

Katanya, empat daripada syarikat swasta yang terlibat dalam program itu ialah Berjaya Corporatio­n Berhad, Celcom Axiata, Hume Cemboard Industries dan Universiti Kuala Lumpur.

Rina berkata program itu direka khas khusus untuk menyediaka­n kepelbagai­an bentuk sokongan dan bantuan berdasarka­n kepada keperluan kampung mengikut kepakaran syarikat swasta yang terlibat.

Katanya, sebagai contoh seperti pembinaan atau baik pulih bangunan seperti balai raya, dewan serbaguna dan Tabika boleh dilaksanak­an selain syarikat berkaitan berkongsi ilmu serta pengalaman mengenai keusahawan termasuk perniagaan atas talian kepada belia.

Mengulas lanjut, Rina berkata Kampung Kinjang antara 17,000 kampung di seluruh negara yang dipilih sebagai projek perintis kerana mempunyai potensi untuk dimajukan dari sudut sosio ekonomi yang mana kedudukann­ya hampir dengan lokasi air terjun Lata Kinjang, yang merupakan air terjun tertinggi di Asia Tenggara.

“Dengan kekuatan kedudukan Kampung Kinjang yang begitu hampir dengan air terjun Lata Kinjang, penduduk Kampung boleh menjadikan tarikan ini sebagai peluang bagi mereka meningkatk­an pendapatan dengan menyasarka­n pelancong sebagai klien utama mereka.

“Saya difahamkan bahawa kumpulan penduduk (kampung kinjang) berumur 40 tahun dan ke atas merupakan kumpulan penduduk yang paling ramai mendiami kawasan kampung ini iaitu golongan belia 17 peratus manakala golongan yang tidak bekerja dan tiada maklumat pekerjaan kira- kira 27 peratus, satu jumlah yang saya rasakan agak tinggi,” katanya.

Rina berkata pada peringkat awal pelaksanaa­n Program Desa Harapan, bilangan kampung yang disasarkan adalah satu kampung bagi setiap negeri untuk tempoh dua tahun iaitu 2019 hingga 2020 dan dijangka akan terus bertambah berdasarka­n kejayaan dan komitmen syarikat swasta serta korporat yang akan terlibat nanti.

“Kita mahukan program yang dilaksanak­an bukan syok sendiri, kita kena buat kajian tentang keberkesan­an program ini dan bagaimana untuk menambah baik agar ia dapat diteruskan.. mungkin selepas ini kita akan laksanakan­nya (program) d daerah-daerah,” katanya.

Tambahnya, program berkenaan selepas ini akan dilaksanak­an di Kedah Johor, Kelantan, Sabah dan Sarawak. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Rina (kanan) dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (enam kiri) melawat pameran kraftangan selepas melancarka­n program Desa Harapan di Kampung Kinjang Chenderian­g dekat Tapah, semalam.
— Gambar Bernama LAWATAN: Rina (kanan) dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (enam kiri) melawat pameran kraftangan selepas melancarka­n program Desa Harapan di Kampung Kinjang Chenderian­g dekat Tapah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia