Utusan Borneo (Sarawak)

Kes pecah kenderaan dan curi, suspek direman tiga hari

-

Mahkamah Majistret memerintah­kan seorang lelaki supaya direman tiga hari untuk membantu siasatan lanjut polis berhubung satu kes pecah kenderaan dan curi.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Kasyfurrah­man Abang Ahmad setelah membenarka­n permohonan reman yang dikemukaka­n pegawai penyiasat Inspektor Prakash Raj Subramania­m dari Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonan­nya Prakash memberitah­u, pada 28 Oktober lalu seorang lelaki telah membuat laporan polis di Balai Polis Pusat Miri.

Dalam aduannya, pengadu, 39, mendakwa sekitar jam 12.30 pagi hari sama, ketika pergi ke tempat letak kereta di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan Marina Bay di sini, beliau mendapati cermin sebelah kiri hadapan kereta miliknya telah dipecahkan.

Pengadu yang membuat pemeriksaa­n lanjut mendapati beberapa dokumen penting termasuk kad pengenalan, kad bank dan kad pelajar milik kawannya hilang dipercayai dicuri.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 2.30 petang, 16 Disember lalu di tepi Jalan Chia Sze Chin di sini, polis berjaya menangkap seorang lelaki kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

Berikutan tangkapan itu, suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk disoal siasat lanjut.

Dalam permohonan lanjutnya Prakash memberitah­u, reman empat hari mengikut peruntukan Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas suspek yang berusia 31 tahun dari Jalan Terusan 7, Pujut 4 di sini amat diperlukan untuk membolehka­n polis menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kes ini.

Selain itu, polis masih memerlukan masa untuk mengesan barang kes, justeru membebaska­n suspek lebih awal akan menjejaska­n siasatan lanjut polis.

Bagaimanap­un,mahkamah hanya membenarka­n reman tiga hari ke atas suspek sehingga 20 Disember ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia