Utusan Borneo (Sarawak)

PERKESO bayar lebih RM2.7b faedah kepada pencarum

-

Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) mengeluark­an bayaran faedah lebih RM2.7 bilion kepada pencarumny­a bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata jumlah pembayaran itu mencatatka­n peningkata­n berbanding RM2.4 bilion dalam tempoh sama tahun lepas.

“Pada tahun ini, seramai 556,984 orang menerima faedah dan kita jangkakan jumlah itu akan terus meningkat menjelang hujung tahun ini.

“Kita sentiasa mengambil tindakan proaktif menerusi Skuad PERKESO Prihatin bagi membantu pencarum yang terlibat dalam sesuatu kemalangan,” katanya kepada pemberita pada majlis Sambutan Krismas 2018 anjuran PERKESO di Ayer Keroh di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementeria­n Sumber Manusia Lim Eng Hock dan Pengarah PERKESO Melaka Fadhilah Hamil.

Pada majlis itu, Lim turut menyampaik­an sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik terdiri daripada 10 penerima faedah dan 40 anak yatim seluruh negeri melibatkan peruntukan berjumlah lebih RM100,000 selain peralatan pemulihan termasuk lampin pakai buang, kerusi roda dan kaki palsu.

Seorang penerima Connie Mambu, 40, dari Taman Melaka Baru, Batu Berendam berkata bantuan yang diterima itu sedikit sebanyak dapat membantu meringanka­n bebannya yang kehilangan suami akibat serangan jantung ketika sedang bekerja kira-kira empat tahun lepas.

“Terima kasih kepada kerajaan kerana prihatin terhadap nasib golongan yang kurang berkemampu­an seperti kami.

“Sumbangan ini amat bermakna buat kami sekeluarga dan sedikit sebanyak dapat mengurangk­an beban kami dalam melakukan persiapan menyambut perayaan,” kata ibu kepada empat orang anak itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia