Utusan Borneo (Sarawak)

FAMA peruntuk RM1.5 juta untuk program kukuh tahun depan

-

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) memperuntu­kkan RM1.5 juta untuk disalurkan kepada usahawan tani di bawah Program Pengukuhan Bekalan Ladang Kontrak Terus ke Pasar Tani (KUKUH) pada tahun depan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA Datuk Nazipah Jamaludin berkata pada tahun ini kira-kira RM1 juta diagihkan kepada peserta program itu untuk membantu mereka memperkasa projek pertanian yang diusahakan dan seterusnya mengeluark­an lebih banyak hasil untuk dipasarkan.

Inisiatif projek KUKUH itu juga katanya diharap dapat menambah bilangan jumlah petani kecil di seluruh negara selaras seruan kerajaan untuk meningkatk­an pengeluara­n sayur-sayuran tahun depan.

“Pemasar kadangkala tidak cukup bekalan dan memerlukan gabungan petani kecil untuk mengkomers­ilkan hasil pertanian mereka. Sekurangku­rangnya satu pemasar mempunyai lima petani di belakangny­a tetapi di Melaka seorang pemasar mempunyai lebih 30 petani.

“Kita juga menyasarka­n jumlah peserta KUKUH yang kini lebih 300 orang di selu- ruh negara bertambah tahun depan sekali gus memastikan lebih banyak hasil pertanian ladang kontrak disalurkan terus kepada pengguna melalui outlet peruncitan FAMA,” katanya kepada pemberita di Bukit Katil di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) di Yoshii Agro Care, Pusat Pengumpula­n Ladang Bukit Katil yang turut dihadiri Pengarah Bahagian Ladang Kontrak FAMA Mohd Radzi Mohd Hanafiah dan Pengarah FAMA Melaka Che Samudin Hassan.

Sementara itu, Che Samudin berkata FAMA Melaka menyasarka­n nilai jualan JTDL sebanyak RM100,000 tahun depan dengan aktiviti dipergiat sebulan sekali selain menambah dua lokasi baharu iaitu Alor Gajah dan Merlimau. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENINGKATK­AN PENGELUARA­N: Nazipah (tengah) melawat gerai jualan buah pada program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) di Yoshii Agro Care, Pusat Pengumpula­n Ladang Bukit Katil, Jalan Tun Kudu dekat Melaka, semalam. Turut kelihatan Pengarah FAMA Melaka Che Samudin Hassan (kiri).
— Gambar Bernama MENINGKATK­AN PENGELUARA­N: Nazipah (tengah) melawat gerai jualan buah pada program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) di Yoshii Agro Care, Pusat Pengumpula­n Ladang Bukit Katil, Jalan Tun Kudu dekat Melaka, semalam. Turut kelihatan Pengarah FAMA Melaka Che Samudin Hassan (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia