Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin UMNO keluar parti elak diburu kesilapan

-

Tindakan pemimpin UMNO yang keluar parti dan menyertai Pakatan Harapan ( PH) berkemungk­inan untuk menyelamat­kan diri daripada kesilapan lampau kata Setiausaha Badan Perhubunga­n PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Che Abdullah berkata, tindakan menyertai PH mungkin difikirkan sebagai langkah selamat bagi meredakan tekanan tersebut.

“Boleh jadi semasa menjadi menteri sebelum ini ada kesilapan-kesilapan tertentu yang dilakukan sehingga mereka terpaksa menanggung tekanan. Jadi sebagai langkah selamat daripada diburu adalah lebih selamat mereka menyertai PH.

“Apatah lagi terdapat beberapa pemimpin yang sebelum ini pernah terpalit dengan beberapa salah laku seolah-olah menjadi ‘bersih’ selepas menyertai PH,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas berhubung tindakan lebih ramai pemimpin UMNO bertindak meninggalk­an parti itu beberapa hari lepas, di Majlis Penyampaia­n Insentif Sukan Negeri Kelantan di sini, semalam.

Majlis tersebut dirasmikan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob bertujuan meraikan kira-kira 103 atlet sukan dan paralimpik negeri Kelantan yang terlibat dalam enam kejohanan termasuk Sukan Asia dan Sukan Paralimpik Jakarta 2018, Sukan Paralimpik ASEAN Kuala Lumpur 2017, SUKMA Perak 2018, SUKMA Paralimpik Perak 2018 dan Sukan Orang Pekak Malaysia 2018.

Che Abdullah yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknolo­gi dan Teknologi Hijau Negeri berkata penyertaan bekas pemimpin UMNO dalam PH adalah sesuatu yang telah dijangkaka­n dan tindakan itu disifatkan seolah-olah mengembali­kan semula pentadbira­n UMNO dalam wajah PH.

Beberapa hari lepas Ketua Penerangan UMNO Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah mengesahka­n enam lag Ahli Parlimen UMNO keluar daripada parti itu.

Mereka ialah Datuk Roso Wahid ( Hulu Terengganu), Datuk Dr Latiff Ahmad (Mersing), Datuk Shabudin Yahaya (Tasek Gelugor), Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam), Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Larut) dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah) — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia