Utusan Borneo (Sarawak)

Nurul Izzah letak jawatan kerana perkembang­an politik dalam PH

Tugas hakiki PH kini tergugat, Ahli Parlimen Permatang Pauh kecewa

-

KUALA LUMPUR: Pemangku Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail merumuskan peletakan jawatan Nurul Izzah Anwar disebabkan perkembang­an politik dalam Pakatan Harapan (PH) akhir-akhir ini.

Katanya, beliau membuat kesimpulan itu berdasarka­n pertemuan selama dua jam dengan Nurul Izzah malam kelmarin bagi mendapatka­n penjelasan berhubung tindakan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu meletak jawatan selaku naib presiden dan juga pengerusi PKR Pulau Pinang.

“Tindakan beliau itu langsung bukan didorong oleh apa yang disifatkan segelintir pihak berkaitan dengan gejolak yang berlaku dalam PKR... tetapi lebih kepada PH itu sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen semalam.

“Dua puluh tahun mengenali Nurul Izzah, beliau seorang yang mendukung idealisme perjuangan, sangat komited dengan agenda reformasi serta bersungguh-sungguh mahu melihat PH melaksanak­an agenda reformasi ke arah kebaikan rakyat. Dengan itu saya hormat keputusan beliau,” katanya.

Saifuddin berkata Nurul Izzah telah memilih jalan terbaik dengan masih kekal sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh agar boleh terus menyuaraka­n pandangan menerusi Parlimen.

“Berdasarka­n situasi politik hari ini yang dianggap menggugat tugas hakiki PH, Nurul Izzah turut melahirkan kekecewaan serta kurang senang dengan apa yang berlaku.

“Kerana itu beliau merasakan sukar dan ada kekangan menyuaraka­n pendapat jika terus mengekalka­n jawatan. Tambahan pula beliau sentiasa dilihat sebagai anak kepada (Presiden PKR) Anwar Ibrahim dan ibunya pula Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail),” kata Saifuddin.

Ditanya mengenai peng-

Kerana itu beliau merasakan sukar dan ada kekangan menyuaraka­n pendapat jika terus mengekalka­n jawatan. Tambahan pula beliau sentiasa dilihat sebagai anak kepada (Presiden PKR) Anwar Ibrahim dan ibunya pula Timbalan Perdana Menteri

” (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail).

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail Pemangku Setiausaha Agung PKR

ganti bagi jawatan yang dilepaskan Nurul Izzah, Saifuddin berkata Nurul Izzah adalah Naib Presiden yang dipilih maka situasi itu perlu dirujuk kepada perlembang­aan parti sama ada kekosongan tersebut boleh diganti secara lantikan oleh presiden parti.

“Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sedang bercuti sekarang, saya baharu memangku dan diminta oleh presiden untuk menjalanka­n tugas bagi tempoh sehingga setiausaha agung ( baharu) dilantik,” katanya.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata beliau belum menerima surat peletakan jawatan rasmi daripada Nurul Izzah.

Kelmarin, Nurul Izzah mengumumka­n meletak jawatan sebagai naib presiden dan pengerusi PKR Pulau Pinang serta sebagai pengerusi Jawatankua­sa Pemerkasaa­n Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ALBUM: Aminuddin (tengah) bersama anggota Persatuan Penjaja Kecil dan Ibu Tunggal yang hadir untuk memberikan sokongan atas perbentang­an belanjawan pada Persidanga­n Ketiga Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 semalam.
— Gambar Bernama ALBUM: Aminuddin (tengah) bersama anggota Persatuan Penjaja Kecil dan Ibu Tunggal yang hadir untuk memberikan sokongan atas perbentang­an belanjawan pada Persidanga­n Ketiga Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia