Utusan Borneo (Sarawak)

Sivarraajh antara calon disenarai MIC untuk PRK Cameron Highlands

-

Bekas Ahli Parlimen Cameron Highlands Datuk C Sivarraajh antara calon yang akan disenarai MIC untuk dipertimba­ngkan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.

Presiden MIC, Tan Sri S. A Vigneswara­n berkata Sivarraajh disenaraik­an berikutan maklum balas positif daripada akar umbi.

“Kita dapat respons dari akar umbi beliau seorang bersopan santun dan boleh bekerja dengan komuniti dalaman dan bandar di Cameron Highlands. Jika ini ialah pendapat orang ramai, beliau akan menjadi calon,” katanya di lobi Parlimen, semalam.

Beliau berkata Sivarraajh layak bertanding pada PRK itu kerana mahkamah menyatakan tiada keterangan bahawa Naib Presiden MIC itu terlibat dalam rasuah pada pilihan raya umum lalu.

“Mahkamah dapati amalan rasuah berlaku dalam pilihan Raya Cameron Highlands tetapi Yang Arif telah beritahu tiada keterangan Sivarraajh beri rasuah. Oleh itu tiada apa-apa yang menghalang untuk beliau dipilih sebagai calon untuk bertanding di Cameron Highlands,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas, Sivar- raajh memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands yang melibatkan saingan lima penjuru dengan majoriti 597 undi.

Sivarraajh memperoleh 10,307 undi, menewaskan empat calon lain termasuk calon DAP M. Manogran yang meraih 9,710 undi; Wan Mahadir Wan Mahmud (PAS - 3,587 undi); Mohd Tahir Kassim (BERJASA — 81 undi) dan B Suresh Kumar (PSM - 680 undi).

Manogaran, 59, memfailkan petisyen pilihan raya pada 4 Jun lalu dengan memohon pengisytih­aran bahawa keputusan PRU14 untuk kerusi Parlimen Cameron Highlands terbatal kerana melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Pada 30 November lepas, Mahkamah Pilihan Raya mengisytih­arkan kemenangan Barisan Nasional ( BN) bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands pada PRU14 adalah terbatal dan tidak sah selepas memutuskan berlaku amalan rasuah untuk mempengaru­hi pengundi di kawasan itu.

Dewan Rakyat semalam menerima surat pemakluman daripada pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan luar jangka bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands mulai 15 Disember lalu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia