Utusan Borneo (Sarawak)

BN Pahang kekal utuh berkhidmat kepada rakyat

-

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Ser Mohd Sharkar Shamsuddin menegaskan Barisan Nasiona (BN) Pahang masih kukuh dan mampu untuk terus membela kebajikan rakyat di negeri in walaupun terpaksa berhadapan pergolakan politik dalam negara pada masa kini.

Mohd Sharkar berkata rakyat juga tidak perlu risau dengan desas-desus mengatakan ada dalam kalangan ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN di neger ini akan melompat parti kerana beliau sendiri tidak mendengar tentang perkara itu.

“Walaupun sudah tidak sealiran dengan kerajaan pusat BN Pahang sentiasa berusaha untuk menjadi kerajaan pembangkan­g yang terbaik,” katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Perladanga­n Negeri Pahang d sini, semalam.

Sementara itu Mohd Sharkar berkata, katanya tindakan untuk tidak merayu keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya yang membatalka­n kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 untuk kawasan Parlimen Cameron Highlands adalah satu keputusan yang tepat.

Ini kerana beliau yakin keputusan itu tidak akan berubah dan hanya akan membuang masa serta wang jika rayuan dikemukaka­n.

Pada 30 Nov lalu, Mahkamah Khas Pilihan Raya di Kuala Lumpur mengisytih­arkan kerusi Cameron Highlands kosong selepas mendapat terdapat amalan rasuah yang membawa kepada kemenangan calon BN iaitu Datuk C Sivarraajh.

Berikutan itu Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) dijadua akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands hari in bagi membincang­kan tarikhtari­kh penting urusan PRK seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon Hari Pengundian Awal, Har Pengundian dan Daftar Pemilih yang akan digunakan dalam pilihan raya itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia