Utusan Borneo (Sarawak)

Aminuddin gesa Nurul Izzah timbang semula keputusan letak jawatan

-

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan Aminuddin Harun menggesa Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar agar mempertimb­angkan semula keputusann­ya untuk meletakkan jawatan.

Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata ini kerana Nurul Izzah adalah antara penggerak utama dan penyumbang besar kekuatan parti sejak awal penubuhann­ya.

“Parti ini telah dibina bersama beliau dan beliau adalah penyumbang terbesar sehingga parti dapat mencapai sehingga ke tahap terbaik hari ini. Kenapa sekarang timbul soal nepotisme, ini tidak sepatutnya kerana pada awal perjuangan kita lihat keluarga ini telah digunakan untuk menaikkan semangat semua ahli dan rakyat di negara kita.

“Tetapi apabila kita telah berjaya, timbul pelbagai cerita, peranan dan tanggungja­wab dan ini merupakan satu isu nakal yang tidak harusnya berlaku. Sepatutnya sebagai ahli kita harus menghargai sumbangan dan peranan masing-masing yang telah diberikan sama ada banyak atau sedikit,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman mengejut Nurul Izzah kelmarin meletak jawatan Naib Presiden PKR. Anak kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim itu juga melepaskan jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pulau Pinang.

Mengulas lanjut, Aminud- din berkata Nurul Izzah hendaklah mempertimb­angkan semula keputusan tersebut untuk memastikan parti ini terus berjaya pada masa akan datang.

“Ini bukan untuk kepentinga­n individu tertentu, tetapi untuk keseluruha­n rakyat yang sentiasa yakin dengan kepimpinan beliau, dengan idealisme perjuangan beliau. Kita juga yakin pemimpin muda ini mampu ke hadapan dengan lebih jayanya pada masa akan datang.

“Apa juga punca menyebabka­n beliau melepaskan jawatan, saya rasa beliau harus timbang semula kerana demi kepentinga­n rakyat dan penyokong serta lebih utama pendokong dan juga gerakan kepimpinan beliau,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia