Utusan Borneo (Sarawak)

40% sisa buangan di Melaka adalah makanan

Kempen ‘ Value Food No Waste and Let’s 3R’ diharap dapat mengurangk­an pembuangan sisa makanan

-

Kempen ini dimulakan dengan industri perhotelan kerana sebagai sebuah negeri pelanconga­n, Melaka mempunyai lebih 200 hotel pelbagai kategori yang menerima kunjungan ramai pelancong tempatan dan luar negara sebelum ia diperluask­an kepada pengusaha kedai

” makanan yang lain.

MELAKA: Kira-kira 40 peratus daripada 1,000 hingga 1,100 tan sisa buangan sehari yang dibuang di Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang di sini adalah makanan, kata Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam (SWCorp) Melaka, Sharudin Hamid.

Beliau berkata, jumlah itu agak tinggi dan ia perlu dikurangka­n bagi memastikan jangka hayat tapak pelupusan tersebut dapat dipanjangk­an selain menggalakk­an rakyat di negeri ini mengelak amalan pembaziran melibatkan makanan.

Katanya, justeru satu daripada program yang dilaksanak­an untuk mengurangk­an pembuangan sisa makanan ialah menerusi Kempen ‘Value Food No Waste and Let’s 3R’ yang dimulakan dengan kerjasama King Green Hotel di sini sebagai projek perintis.

“Kempen ‘Value Food No Waste and Let’s 3R’ bertujuan menggalakk­an pelanggan menghargai makanan yang disediakan sepanjang menginap di hotel dengan mengambil makanan mengikut keperluan agar ia tidak dibazirkan begitu sahaja sekali gus membantu

Sharudin Hamid Pengarah SWCorp Melaka

pengurusan sisa buangan tersebut.

“Kempen ini dimulakan dengan industri perhotelan kerana sebagai sebuah negeri pelanconga­n, Melaka mempunyai lebih 200 hotel pelbagai kategori yang menerima kunjungan ramai pelancong tempatan dan luar negara sebelum ia diperluask­an kepada pengusaha kedai makanan yang lain,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar kempen itu di sini, semalam.

Sidang akhbar berkenaan turut dihadiri Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Melaka, Datuk Tey Kok Kiew dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan SWCorp, Mohammad Diah.

Sharudin berkata, menerusi kempen itu makanan yang tidak disentuh pelanggan akan dibungkus oleh pihak hotel dengan bantuan sukarelawa­n untuk dihantar kepada golongan yang memerlukan seperti rumah anak yatim, orang tua, kebajikan dan golongan memerlukan seperti miskin dan asnaf dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri.

Beliau berkata, selain sisa makanan, kempen itu juga turut melibatkan aktiviti kitar semula botol minuman yang disediakan di bilik hotel untuk pengunjung dan pengumpula­n minyak masak terpakai agar ia dapat diuruskan dengan baik.

“Kita telah melaksanak­an kempen ini di King Green Hotel sejak empat bulan lepas dan sehingga kini, sebanyak 882 kilogram (kg) barangan kitar semula berjaya dikumpulka­n dengan hasil jualan sebanyak RM290.10 selain 190kg minyak masak terpakai dikumpul dengan hasil jualan sebanyak RM255,” katanya.

Beliau berkata, kempen berkenaan jelas membuktika­n ia turut memberi kelebihan dan keuntungan kepada pihak hotel yang menyertain­ya selain membantu pengurusan bahan kitar semula.

Sementara itu, Tey ber- kata, kerajaan negeri Melaka menggalakk­an pengusaha kedai makanan termasuk industri perhotelan di negeri ini menyertai kempen berkenaan secara sukarela kerana ia dilihat memberi impak positif kepada negeri selaras dengan slogan Melaka iaitu ‘Pintar, Hijau, Bersih’.

Beliau berkata, kempen tersebut juga akan memupuk sikap positif dalam kalangan rakyat negeri ini termasuk pelancong kerana menjaga alam sekitar dan kebersihan bukan hanya terletak pada pihak berkuasa tempatan atau SWCorp sebaliknya ia merupakan tanggungja­wab bersama. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KEMPEN: Tey (tiga kanan) dan Mohammad (tiga kiri) bergambar sempena pelancaran Kempen ‘Value Food No Waste and Lets’s 3R’ pada sidang akhbar program itu di Melaka semalam.
— Gambar Bernama KEMPEN: Tey (tiga kanan) dan Mohammad (tiga kiri) bergambar sempena pelancaran Kempen ‘Value Food No Waste and Lets’s 3R’ pada sidang akhbar program itu di Melaka semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? UMUM: Mohamad Nordin ketika mengumumka­n keputusan Ujian Penilaian Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) (UPKK) 2018 di Kompleks Islam Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama UMUM: Mohamad Nordin ketika mengumumka­n keputusan Ujian Penilaian Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) (UPKK) 2018 di Kompleks Islam Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia