Utusan Borneo (Sarawak)

Orang Asli Pos Balar ambil inisiatif baiki sendiri jalan rosak

-

Lebih 50 penduduk Orang Asli di Pos Balar di sini mengambil inisiatif membaiki sendiri jalan menghubung­kan kampung itu yang rosak teruk bag membolehka­n mereka keluar ke bandar membeli barang keperluan.

Menurut Penghulu Pos Balar Alek Busu, tindakan itu diambil selepas beberapa buah motosikal milik penduduk tersangkut dalam selut d jalan sepanjang lima kilometer berkenaan yang kini rosak teruk akibat hujan musim tengkujuh.

“Jika sebelum ini perjalanan dari Pos Balar ke bandar Gua Musang mengambil masa lima hingga enam jam, sekarang 10 jam pun belum tentu sampai,” katanya ketika ditemu di sini.

Berikutan itu katanya gotong-royong diadakan untuk membaiki jalan tersebut dengan membina titi kayu agar dapat dilalui motosikal, sekal gus memastikan penduduk dapat ke bandar untuk membel barang keperluan dapur dan lain-lain.

“Sehubungan itu kami minta jangan ada pihak melalui jalan ini menggunaka­n kenderaan pacuan empat roda yang akan memburukka­n lagi keadaan jalan,” katanya.

Menurut seorang penduduk Kamal Alek, 33, gotong-royong membaiki jalan itu adalah yang keempat tahun ini.

Katanya, setiap kali motosikal tersangkut dalam selut penduduk terbabit terpaksa bermalam di hutan selain mengambil masa untuk sampai ke bandar Gua Musang.

“Kita cukup sedih dengan apa yang dihadapi ini kerana kerajaan tidak memberi pembelaan bagi mengatasi masalah jalan yang rosak teruk setiap kali musim tengkujuh,” katanya, menambah jalan yang dibaiki itu hanya boleh bertahan selama beberapa minggu sebelum kembal rosak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia