Utusan Borneo (Sarawak)

MUIP yakin mampu capai sasaran RM130 juta kutipan zakat

-

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yakin mampu mencapai sasaran mengutip zakat sebanyak RM130 juta pada tahun ini.

Timbalan Yang Dipertua MUIP Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, sehingga semalam sebanyak RM104.2 juta telah berjaya dikutip daripada 82,195 pembayar zakat yang terdiri daripada orang perseorang­an dan syarikat- syarikat korporat.

“Pada tahun ini kita me- nyasarkan seramai 85,000 pembayar zakat akan berbuat demikian dan kita yakin sasaran untuk mencapai RM130 juta akan tercapai walaupun masa hanya tinggal dua minggu sahaja lagi.

“Ia berdasarka­n komitmen serta janji daripada beberapa lagi syarikat korporat yang akan berbuat demikian sebelum hujung tahun ini,” katanya pada Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Badanbadan Korporat di Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di sini semalam.

Kesemua zakat daripada empat syarikat korporat dan agensi berjumlah RM912,671.13 itu diserahkan kepada Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selaku Yang dipertua MUIP.

Pada majlis itu, Tengku Abdullah menerima zakat daripada Koperasi Permodalan Felda berjumlah RM515,000 yang disampaika­n oleh Ahli Lembaga Pengarahny­a Datuk Zainal Hassan, manakala Redicare Group of Companies menyerahka­n zakat berjumlah RM193,600 menerusi Pengurus Besar Wilayah Pahang Mohd Zahari Jaafar.

Sementara itu, Pengurus Besar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN) negeri Zawiah Wan Abu Bakar mewakili agensi itu menyerah zakat sebanyak RM139,071 dan cek zakat bernilai RM65,000 daripada Agrobank diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Zahid Ahmad Zawawi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia