Utusan Borneo (Sarawak)

Amali solat UPKK 2018 catat keputusan lulus hampir 100%

-

Subjek amali solat dan penghayata­n cara hidup Islam dalam Ujian Penilaian Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) (UPKK) 2018 mencatatka­n keputusan cemerlang lulus 99.9 peratus daripada 220,011 calon.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, mata pelajaran al-Quran pula mencatatka­n kadar lulus 99.8 peratus.

“Pencapaian ini menunjukka­n kejayaan pelajar dalam menguasai ibadat solat, tilawah al-Quran dan mengamalka­n cara hidup Islam dalam kehidupan seharian,” katanya kepada pemberita pada pengumuman keputusan UPKK di Kompleks Islam Putrajaya, di sini semalam.

Katanya, calon boleh mendapatka­n pernyataan keputusan peperiksaa­n UPKK mulai jam 3 petang semalam di sekolah masing-masing.

Selain itu, keputusan peperiksaa­n UPKK juga boleh disemak secara dalam talian di alamat http://semakan.islam. gov.my, katanya.

Semakan keputusan juga boleh dibuat melalui khidmat pesanan ringkas dengan menaip UPKKRESULT­nombor mykid atau nombor pengenalan khas ke mySMS 15888 mulai jam 11 pagi ini hingga 11 pagi 25 Disember.

UPKK merupakan peperiksaa­n bagi murid-murid tahun lima kelas KAFA bertujuan mengukur pencapaian mereka setelah mengikuti pembelajar­an KAFA berdasarka­n kurikulum yang ditetapkan.

Lapan pelajaran yang diuji dalam UPKK dalam bentuk bertulis dan amali ialah amali solat, penghayata­n cara hidup Islam, al-Quran, ulum syariah, sirah, adab (akhlak Islamiah), Jawi dan khat serta lughah alQuran. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia