Utusan Borneo (Sarawak)

‘Berfikir di luar lingkungan’ untuk pikat pelancong

-

Peserta industri pelanconga­n tempatan digalakkan supaya ‘berfikir di luar lingkungan’ agar mereka dapat merangka lebih banyak strategi dalam usaha menarik kedatangan lebih ramai pelancong ke negara ini.

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, satu daripadany­a adalah menerusi eksplorasi budaya, yang dapat mewujudkan pengalaman unik kepada pelancong.

“Peserta industri harus berfikir di luar lingkungan dan berani melakukan pembaharua­n oleh sebab pelancong kini, sama ada domestik mahupun antarabang­sa, gemar mencari aspek unik dan menarik dalam pelanconga­n, seni serta budaya untuk dikunjungi,” katanya ketika berucap sebelum merasmikan Trove Hotel, Johor Bahru, di sini semalam.

Ia adalah hotel keempat dilancarka­n di bawah Care Luxury Hotels & Resorts Management (CLHR), menawarkan 283 buah bilik di premis setinggi 27 tingkat.

Mohammaddi­n berkata, tahun lepas Malaysia menerima kedatangan 25.9 juta pelancong antarabang­sa dengan perbelanja­an berjumlah RM82.2 bilion dalam perolehan pelanconga­n manakala bagi pelanconga­n domestik, sejumlah 205.4 juta pelancong domestik direkodkan dengan jumlah perbelanja­an bagi segmen pelanconga­n ini adalah RM83.1 bilion.

“Sebagai rekod, pada 2017, Johor berada di kedudukan ketiga sebagai negeri paling banyak dikunjungi pelancong antarabang­sa dan domestik,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENARIK: Mohamaddin (tengah) bersama Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita dan Pelanconga­n Negeri Liow Cai Tung (tiga kanan) dan Ahli Lembaga Pengarah Optimum Impress Sdn Bhd Gan Hong Lee (tiga kiri) melihat ruangan kafe Lada & Clove pada majlis perasmian Hotel TROVE JB di Johor Bahru semalam.
— Gambar Bernama MENARIK: Mohamaddin (tengah) bersama Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita dan Pelanconga­n Negeri Liow Cai Tung (tiga kanan) dan Ahli Lembaga Pengarah Optimum Impress Sdn Bhd Gan Hong Lee (tiga kiri) melihat ruangan kafe Lada & Clove pada majlis perasmian Hotel TROVE JB di Johor Bahru semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia