Utusan Borneo (Sarawak)

Pasukan khas JPNIN siap siaga hadapi banjir di Kelantan

-

Pasukan khas Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Kelantan kini siap siaga bagi memberikan khidmat kepada mangsa banjir di negeri ini.

Pengarahny­a Norwahidah Zinalibdin berkata, pasukan sokongan itu yang melibatkan Anggota Jawatankua­sa (AJK) Kawasan Rukan Tetanga (KRT) akan membantu pihak pengurusan bencana negara.

“Mereka telah dilatih dengan kemahiran asas dan lanjutan dalam menghadapi sebarang bencana termasuk kemungkina­n banjir di negeri ini.

“Sebanyak 10 pasukan khas itu yang ditubuhkan di seluruh daerah dengan keanggotaa­n antara 20 sehingga 30 orang bersedia untuk digerakkan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam.

Menurut Portal E-Banjir kerajaan negeri Kelantan sehingga ini belum ada mangsa yang dipindahka­n ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang disediakan.

Norwahidah berkata, pasukan khas tersebut memainkan peranan memberikan bantuan sebelum pihak agensi pengurusan bencana tiba untuk khidmat bantuan selanjutny­a.

“Skim Rondaan Sukarelawa­n (SRS) juga memainkan peranan mengawasi PPS selain melaksanak­an rondaan lebih kerap bagi memantau sekeliling kawasan mereka.

“Kita juga memperkasa­kan Jiran Wanita di kawasan KRT untuk membantu jawatankua­sa PPS bagi menyediaka­n perkhidmat­an memasak kepada mangsa banjir,” katanya.

Katanya, pihaknya berharap jentera JPNIN Kelantan bersiap sedia menghadapi banjir.

“Kami harus peka dengan keadaan sekeliling dan perlu saling bekerjasam­a dengan mana- mana agensi dan kami mahu kehadiran jentera JPNIN memudahkan lagi pengurusan risiko bencana di negeri ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia