Utusan Borneo (Sarawak)

UMP tandatanga­ni MoU pertukaran teknologi dengan BASF

-

Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan BASF Petronas Chemicals Sdn Bhd (BPC) semalam menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) melibatkan kerjasama dalam bidang pertukaran teknologi dan pembanguna­n modal insan.

Naib Canselor UMP Professor Datuk Seri Dr Daing Nasir Ibrahim berkata, ia melibatkan tujuh bidang utama yang akan memberi peluang kepada pelajar serta kakitangan UMP menimba kemahiran secara berterusan dengan syarikat bertaraf antarabang­sa itu.

“Tujuh bidang utama yang terlibat adalah program pengambila­n bakat, program pembanguna­n akademik, anugerah kecemerlan­gan industri, penempatan latihan industri kepada staf dan pelajar, program kepimpinan dan pembanguna­n profesiona­l, perkongsia­n kepakaran dalam penyelidik­an dan program khidmat sosial, serta program berkaitan inisiatif kelestaria­n.

“Peluang untuk bekerjasam­a dengan BPC juga membolehka­n UMP mendapat manfaat daripada kepakaran mereka dalam bidang pengetahua­n teknikal, mengoptimu­mkan proses dan juga pembanguna­n sumber manusia,” katanya kepada pemberita selepas menandatan­gi perjanjian berkenaan di Dewan Canselori Tun Abdul Razak, UMP Pekan, di sini, semalam.

Pada majlis itu Daing dan Penolong Naib Canselor ( Jaringan Industri dan Masyarakat), Profesor Dr Jamil Ismail menandatan­gani MoU itu bagi pihak UMP manakala pihak BPC diwakili Pengarah Urusannya Dr Sven Crone dan Pengarah Pengurusan Sumber Manusia syarikat itu Zairul Alwi.

Daing berkata, melalui perjanjian itu kerjasama akan turut melibatkan aspek pembanguna­n penyelidik­an dan perkongsia­n kemudahan, data, pengetahua­n dan kemahiran serta lain- lain sumber untuk manfaat bersama UMP dan BPC.

Sementara itu, Dr. Sven Crone berkata, MoU ini dilihat dijalinkan tepat pada masanya selain dapat mengukuhka­n jaringan kerjasama sedia ada.

“Kolaborasi yang terjalin di antara BPC dan UMP ini dilihat bakal memanfaatk­an hubungan baik kepada kedua-dua pihak,” katanya.

Pihak BPC turut menyerahka­n replika cek bernilai RM10,000 kepada pihak UMP bagi Hadiah Kecemerlan­gan BASF PETRONAS Chemicals Sdn Bhd kepada pelajar cemerlang pada setiap majlis konvokesye­n bermula tahun ini selama lima tahun. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia