Utusan Borneo (Sarawak)

Hugo Lloris berikrar tebus kekecewaan Tottenham

Spurs dan Arsenal akan berentap sekali lagi pada aksi peringkat suku akhir Piala Liga Inggeris malam ini

-

LONDON: Hugo Lloris telah memberi amaran kepada Arsenal bahawa Tottenham berazam untuk menebus kekecewaan mereka barubaru ini dalam perlawanan tetangga utara London apabila kedua-dua seteru ketat itu berentap sekali lagi pada peringkat suku akhir Piala Liga pada malam ini (Rabu).

Pasukan Mauricio Pochettino melakukan perjalanan yang singk a t k e S t a d i - E m i r - h a n y a ming- sahaja l e p a s d i a m e n - g a l a m i kekalahan 4-2 di tangan jiran mereka yang paling sengit dalam EPL.

Tottenham mendahului 2-1 ketika itu tetapi hilang arah pada separuh masa kedua apabila Arsenal bangkit untuk mencatatka­n kemenangan kedua mereka berturuttu­rut di stadium sendiri dalam perlawanan tetangga utar London ekoran kejayaan 2-0 pada musim lepas.

Perlawanan yang sengit itu memaparkan pergaduhan di antara pemain dari keduadua pasukan selepas pemain u m a t e s d u a g u se - Tottenham, Eric Dier, menimbulka­n kemarahan Arsenal dengan meraikan gol secara provokatif. Penyokong Tott enham t urut menghadapi masalah selepas kulit pisang dilont a r k a n k e p a d a penyerang Arsenal dari G a b o n , PierreEmer- i c k A u - b a m - e y a n g , ketika dia meraikan golnya di hadapan penyokong pasukan pelawat. Memburukka­n lagi suasana toksik sekitar perlawanan itu, bintang Arsenal tidak teragak-agak untuk bercakap besar mengenai kemenangan mereka dalam media sosial, dan gambar pasukan itu meraikan gol yang dipaparkan oleh penjaga gol The Gunners, Bernd Leno, telah dianggap sebagai tidak hormat oleh Pochettino.

Pochettino nenegaskan peningkata­n Tottenham di bawah pengurusan­nya bermakna mereka tidak perlu lagi taksub untuk menjadikan kemenangan dalam perlawanan tetangga sebagai kemuncak musim mereka.

Namun, Lloris, penjaga gol Tottenham, menegaskan pasukannya ingin sekali menebus kekalahan mereka yang memeritkan pada awal bulan ini.

“Mungkin ia adalah perkara yang bagus bahawa kami tewas dalam perlawanan Liga Perdana beberapa minggu lepas kerana ia adalah motivasi yang kuat bagi kami,” kata Lloris.

“Tidak ada perasaan yang lebih buruk berbanding ketika kita mengalami kekalahan. Ia adalah satu lagi peluang dan kami akan berusaha sedaya upaya untuk mara.

“Setiap perlawanan di mana kita tewas adalah menyakitka­n, tetapi sudah tentulah apabila kita mendahului 2-1, ia adalah lebih teruk lagi.

“Arsenal sememangny­a sedang bermain dengan sangat baik dan merupakan pasukan yang sukar untuk ditewaskan tetapi saya rasa kami memiliki kualiti untuk melakukann­ya.”

Pochettino dan pengurus Arsenal, Unai Emery, mungkin tertarik untuk menurunkan pasukan yang tidak kuat dan memberi peluang kepada pemain penting untuk berehat sebelum jadual Natal yang sibuk.

Namun Lloris bertegas menyatakan Tottenham – yang belum lagi memenangi trofi di bawah Pochettino – perlu mengambil serius pertanding­an itu terutamany­a kerana Arsenal berdiri di antara mereka dengan tempat pada peringkat separuh akhir.

“Ia adalah penting untuk memandang setiap pertanding­an dengan serius, tidak kira apa pun pertanding­an itu,” katanya.

“Sudah tentulah keutamaan itu ada pada musim ini tetapi ia adalah perlawanan Piala Liga dan jika kita mara, kita ada peringkat separuh akhir dan peluang yang baik.

“Dan kemudian ia adalah perlawanan tetangga, jadi ia adalah lebih mudah untuk bersiap sedia baginya kerana keterujaan dan keseronoka­n itu sentiasa ada untuk bermain dalam perlawanan seperti itu.”

Kekalahan Tottenham dalam lawatan terakhir mereka ke Arsenal merupakan satu- satunya masa mereka telah merasai kekalahan dalam 11 perlawanan.

Siri kejayaan itu termasuk keputusan seri yang mengagumka­n di Barcelona dalam Liga Juara- Juara that menjamin tempat mereka pada peringkat 16 terakhir.

Sebaliknya kekalahan mengejut 3-2 dalam EPL di kelab kerdil Southampto­n pada Ahad lepas menamatkan siri tanpa kalah Arsenal dalam 22 perlawanan berturut-turut dalam semua pertanding­an dan mendedahka­n kelemahan barisan pertahanan Emery.

Memburukka­n lagi situasi bagi Emery ialah senarai kecederaan pertahanan yang semakin serius.

Sead Kolasinac dikeluarka­n pada hujung perlawanan di Southampto­n ekoran kekejangan dalam otot paha, manakala Hector Bellerin keluar dari padang kerana masalah betis.

Rob Holding sudah lama tidak bermain manakala Shkodran Mustafi sedang berusaha untuk pulih daripada kecederaan hamstring.

“Ia adalah benar bahawa kami perlu meningkatk­an diri dan kurang melepaskan peluang kepada pasukan lawan,” kata Emery.

“Kami banyak menjaringk­an gol tetapi juga dibolosi banyak gol, ia adalah lebih banyak berbanding apa yang kami mahu lakukan.” — AFP

Mungkin ia adalah perkara yang bagus bahawa kami tewas dalam perlawanan Liga kami.” Perdana beberapa minggu lepas kerana ia adalah motivasi yang kuat bagi

Hugo Lloris

Penjaga gol Tottenham Hotspur

 ??  ?? LLORIS
LLORIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia