Utusan Borneo (Sarawak)

Liga Europa: Chelsea berdepan Malmo pada peringkat 32 terakhir

-

Bekas juara Chelsea akan menentang Malmo pada peringkat 32 terakhir Liga Europa manakala Arsenal akan berentap sekali lagi dengan BATE Borisov.

Kedua- dua pasukan bertemu dalam Liga Europa pada musim lepas, dan pasukan ‘The Gunners’ membelasah kelab dari Belarusia itu 6-0 di stadium Emirates.

Juara lima kali Sevilla, kini di tempat kedua dalam La Liga, berdepan dengan perlawanan yang sukar menentang Lazio, finalis yang tewas dalam pertanding­an ini pada 1998, yang menduduki tempat kelima dalam Serie A.

Juara 2004 Valencia perlu mengatasi Celtic jika mereka mahu mara ke pusingan 16 buat pertama kali dalam tempoh tiga tahun.

Jurulatih kelab dari Scotland itu, Brendan Rogers, berkata dia kagum dengan kelab Sepanyol itu di Eropah pada musim ini selepas mereka menduduki tempat ketiga dalam satu kumpulan Liga Juara- Juara yang turut dianggotai Manchester United dan Juventus.

“Saya melihat mereka pada musim ini menentang Manchester United, saya rasa ketika mereka bermain di Old Trafford, mereka bermain seperti sebuah pasukan Sepanyol yang tipikal, sangat bagus dari segi teknikal dan mereka mempunyai beberapa pemain yang sangat bagus,” katanya.

“Kami mengadakan perlawanan pertama di tempat sendiri dan kami mahu membawa kelebihan ke pusingan kedua,” kata pengurus dari Ireland Utara itu.

Sebuah lagi kelab Sepanyol, Villarreal, kini berlegar- legar di atas zon penyingkir­an Liga, berdepan dengan pertarunga­n Iberia apabila mereka berentap dengan Sporting.

Napoli, yang diturunkan ke Liga Europa selepas mereka tersingkir daripada Liga Juara-Juara pada peringkat kumpulan, akan menentang Zurich.

Gergasi Portugis, Benfica, naib juara sebanyak tiga kali, berentap dengan kelab dari Turki, Galatasara­y, pemenang Piala UEFA pada 2000, dan Inter Milan, sebuah lagi pasukan yang gagal untuk mara ke peringkat kalah mati dalam Liga Juara-Juara, akan menentang Rapid Vienna.

Perlawanan akan berlangsun­g pada 12-14 dan 20-21 Februari. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia