Utusan Borneo (Sarawak)

Shaqiri buktikan dirinya mampu beraksi bersama kelab besar

-

Xherdan Shaqiri berkata menjaringk­an dua gol dalam kemenangan 3-2 ke atas Manchester United kelmarin untuk Liverpool merupakan “perasaan yang indah” dan meletakkan­nya pada landasan bagi kempennya yang paling prolifik dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pemain tengah antarabang­sa Swiss berusia 27 tahun itu dimasukkan sebagai pemain gantian untuk membawa jumlah jaringanny­a kepada lima gol dalam 13 penampilan liga, yang bermakna dia sudah pun kurang tiga gol lagi untuk menyamai jumlah terbaiknya sebelum ini dalam EPL untuk Stoke pada musim lepas.

Dua jaringanny­a memulihkan kedudukan Liverpool di tempat teratas liga, satu mata di atas juara bertahan Manchester City.

Shaqiri, yang mahu membuktika­n dia dapat bermain untuk kelab besar selepas kegagalan di Bayern Munich dan Inter Milan, mengaitkan prestasiny­a yang baik dengan falsafah pengurus Liverpool Jurgen Klopp tentang cara untuk bermain bola sepak.

“Sudah tentulah stailnya, bagaimana mereka bermain, ia juga untuk saya,” katanya.

“Saya perlu masuk padang dan bermain dengan baik dan saya ada kualiti untuk menganggot­ai pasukan, memberi impak, menentukan perlawanan.

“Saya sangat gembira buat masa sekarang dengan prestasi saya.

“Ia adalah perasaan yang indah untuk menjaringk­an dua gol ketika menentang Manchester United, perlawanan yang penting menentang seteru besar bagi Liverpool.”

Shaqiri, yang menyertai Liverpool pada musim panas apabila mereka mencetuska­n klausa perlepasan £13.5 juta (RM81 juta) di dalam kontraknya bersama Stoke yang turun ke liga bawah, berkata menjadi pemain simpanan adalah tidak ideal tetapi ia hanya mendorongn­ya untuk membuktika­n diri seperti apa yang dia buat Ahad lepas.

“Bagi saya, saya hanya mahu meningkat diri, saya berusia 27 tahun, usia terbaik saya untuk bermain dengan baik pada peringkat tinggi, jadi saya harap masa terbaik akan datang,” kata Shaqiri, yang menghabisk­an tiga musim di Stoke.

“Saya dalam keadaan yang baik dan saya mahu membantu kelab ini untuk cuba mencapai banyak perkara dan kami berada dalam keadaan yang baik.

“Sudah tentulah saya berbohong jika saya katakan kita tidak kecewa apabila kita duduk di bangku pemain simpanan – setiap pemain kecewa apabila dia duduk di bangku pemain simpanan.

“Namun saya selalu positif dan cuba membantu pasukan apabila saya dimasukkan dan anda lihat apabila saya masuk, saya cuba membantu pasukan dan cuba memberi impak.” — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? BUKTI KEHEBATAN: Shaqiri ( kanan) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan ketika membantu Liverpool menewaskan United pada aksi liga di Anfield, Liverpool pada Ahad lepas.
— Gambar Reuters BUKTI KEHEBATAN: Shaqiri ( kanan) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan ketika membantu Liverpool menewaskan United pada aksi liga di Anfield, Liverpool pada Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia