Utusan Borneo (Sarawak)

Liverpool berdepan Bayern, United hadapi PSG pada peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara

-

Liverpool akan menentang juara lima kali Bayern Munich pada peringkat 16 terakhir Liga Juara- Juara, manakala kelab Jose Mourinho yang sedang bergelut, Manchester United (MU), berentap dengan gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG).

Juara bertahan Real Madrid digandingk­an dengan Ajax dalam undian kelmarin di Nyon ketika kelab Sepanyol itu cuba menjulang trofi buat kali kelima dalam enam musim, manakala Lionel Messi dan Barcelona akan menentang Lyon.

Liverpool dan Bayern mempunyai tradisi yang kaya dalam pertanding­an itu, dan Jurgen Klopp yang kembali ke tanahairny­a untuk menentang pasukan yang menewaskan pasukannya Borussia Dortmund dalam perlawanan akhir 2013.

Liverpool, finalis yang tewas pada musim lepas, merupakan pasukan yang lebih cemerlang buat masa sekarang di antara kedua- dua kelab itu dan menduduki tempat teratas dalam EPL manakala Bayern ternyata bermain di bawah standard mereka sendiri yang tinggi dalam Bundesliga pada musim ini.

“Itulah pasukan terbaik pada waktu ini, pendahulu liga di England, mereka mempamerka­n bola sepak yang amat bagus, sangat lasak, benar-benar memperting­katkan prestasi. Kami mengalu-alukannya,” kata pengarah sukan Bayern, Hasan Salihamidz­ic, mengenai perlawanan menentang Liverpool.

“Pemain yang lasak tetapi itu adalah sesuatu yang dinanti-nantikan sebagai seorang pemain.”

Klopp berkata: “Ia pasti perlawanan yang sukar, perlawanan yang menarik, dan saya mengalu-alukannya.”

Manchester City bimbingan Pep Guardiola menentang kelab Jerman Schalke 04 manakala Atletico Madrid, naib juara pada 2014 dan 2016, menentang Cristiano Ronaldo dan kelab ‘heavyweigh­t’ dari Itali, Juventus.

“Perlawanan yang sangat sukar, dengan sedikit jaringan,” ramal naib- presiden Juve, Pavel Nedved.

“Tidak syak lagi, Cristiano adalah pemain terbaik dalam Liga Juara-Juara, dia selalu menunjukka­nnya, dengan gol dan kemenangan. Pasukan kami sangat kuat dan kami boleh jadi tenang dan yakin.”

Pendahulu Bundesliga Dortmund akan bertemu dengan Tottenham Hotspur untuk musik kedua berturut-turut, selepas menentang satu sama lain pada peringkat kumpulan tahun lepas, manakala Roma berjumpa dengan bekas juara sebanyak dua kali, Porto.

“Kami sudah berjumpa dengan mereka (Tottenham) sebanyak dua kali. Pasukan lawan yang kuat, peluang adalah 50- 50. Pasukan itu mempunyai pemain-pemain terkemuka. Kami juga kuat, ia pasti menarik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO) Dortmund, Hans- Joachim Watzke, kepada Sky.

MU, yang kecewa ekoran kekalahan 3-1 di Liverpool pada Ahad lepas, berjumpa dengan PSG buat pertama kali dan tugasan amat mencabar menanti dalam perlawanan menentang pasukan yang memaparkan Neymar dan Kylian Mbappe – dua pemain paling mahal di dunia.

“Ia sentiasa sukar untuk bermain menentang Manchester United,” kata pengurus PSG Thomas Tuchel.

“Mereka mempunyai banyak pengalaman dalam pertanding­an ini, mereka sudah memenangin­ya banyak kali. Ia sentiasa sukar untuk bermain di Old Trafford, ia sentiasa cabaran yang besar.

“Ia adalah perkara yang sama menentang Mourinho. Dia ada banyak pengalaman dalam pertanding­an ini dan kita mesti ada sikap hormat,” ujarnya.

Pasukan ‘The Red Devils’ hanya berjaya mencatatka­n satu kemenangan dalam empat perlawanan pada Disember lalu tetapi bekas pemain kelab itu Dennis Irwin berkata masa masih banyak untuk memperbaik­i diri menjelang perlawanan menentang juara Perancis itu.

“Ada masa dua bulan lagi, saya harap kami dapat meningkatk­an lagi prestasi sebelum itu,” katanya kepada badan penyiaran BT Sport.

“Tempoh sejak sebulan lalu adalah sukar bagi kami. Kami perlu memberi tumpuan kepada Liga Perdana sekarang dan Piala FA pada Januari,” ujarnya.

Pengarah bola sepak Manchester City, Txiki Begiristai­n, memberi amaran juara Inggeris itu tidak akan bermain dengan mudah dalam perla- wanan menentang pasukan Schalke yang menduduki tempat ke-13 di Jerman ekoran permulaan yang ternyata mimpi ngeri.

“Pasukan yang telah bergelut dalam liga mereka bermain dengan sangat baik dalam Liga Juara-Juara,” kata Begiristai­n.

“Schalke pasti sukar. Selepas cuti musim salji, kelab Jerman sentiasa sangat berbahaya.”

Jurulatih Lyon, Bruno Genesio, berkata pasukannya dapat mengambil inspirasi daripada persembaha­n mereka pada peringkat kumpulan ketika menentang City – kemenangan 2-1 di stadium lawan dan seri 2-2 di stadium sendiri – menjelang perlawanan mereka menentang juara Eropah sebanyak lima kali, Barca.

“Kami perlu mempamerka­n dua persembaha­n yang besar, pada pusingan pertama dan dalam perlawanan timbal balik, tetapi kami dapat melakukann­ya. Kami melakukann­ya ketika menentang City,” kata Genesio.

“Ia adalah suka. Mereka adalah pasukan yang pernah ditentang oleh Lyon tetapi tidak pernah ditewaskan. Barca adalah lebih berpengala­man dan lebih kuat tetapi dalam dua perlawanan, apa-apa pun boleh berlaku,” kata Gerard Houllier, yang memegang peranan sebagai penasihat d kelab Perancis itu, kepada RMC Sport.

“Perlawanan pertama adalah kunci dan kami bermain di stadium sendiri Barca merupakan juara yang berpotensi. Kami tidak rug apa- apa. Segalanya adalah bonus bagi Lyon.”

Pasukan yang menduduk tempat kedua pada peringka kumpulan akan menganjurk­an perlawanan pusingan pertama pada 12/13 Februari dan 19/20 Februari manakala perlawanan timbal balik dijadualka­n pada 5/6 Mac dan 12/13 Mac — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia