Utusan Borneo (Sarawak)

Mohamad Hazim tekad teruskan kecemerlan­gan di pentas dunia

-

Pesilat muda negara, Mohamad Hazim Amzad menyifatka­n kejayaanny­a meraih pingat emas pada Kejohanan Pencak Silat Dunia ke- 18 di Singapura, semalam, sebagai batu loncatan terbaik untuk dirinya dalam terus menempa kecemerlan­gan di pentas antarabang­sa.

Pesilat berusia 19 tahun itu mengakui beliau agak terkejut dapat meraih emas dalam penampilan sulung pada Kejohanan Dunia kerana kesemua pencabarny­a menampilka­n aksi terbaik pada edisi kali ini.

Anak jati Chini, Pahang itu memenangi emas kelas Putera C ( 55- 60kg) selepas menewaskan pesilat Thailand, Adilan Chemaeng 4- 1 pada aksi final. Beliau sebelum itu mengejutka­n pemenang pingat perak Sukan Asia 2018, Nguyen Tai Linh dari Vietnam dengan keputusan sama pada aksi suku akhir.

“Resepi kejayaan saya mungkin hasil kerja keras sebelum bermulanya kejohanan dan saya akui saingan pada kali ini agak sengit, namun saya fokus kepada persembaha­n diri sendiri.

“InsyaAllah, saya akan cuba beri yang terbaik sekiranya diberi peluang mewakili negara dalam beberapa kejohanan tahun depan terutamany­a Sukan SEA 2019 di Filipina,” katanya ketika ditemui Bernama setibanya di ibu negara bersama skuad silat negara dari Singapura.

Ketibaan skuad silat negara disambut Timbalan Ketua Pengarah ( Strategik) Majlis Sukan Negara (MSN), Suhardi Alias di Casa Satu MSN.

Mohamad Hazim pada masa sama turut mendedikas­ikan kejayaan tersebut kepada kedua ibu bapanya, barisan jurulatih serta Persekutua­n Silat Kebangsaan Malaysia ( Pesaka) yang memberi kepercayaa­n kepadanya untuk mewakili negara pada Kejohanan Dunia.

Untuk rekod, beliau pernah meraih pingat emas pada Kejuaraan Silat Remaja Dunia 2015 di Kuala Lumpur selain gangsa pada Kejohanan Silat Asia Tenggara 2017 dan Sukan Asia 2018. — Bernama

 ??  ?? TERBAIK: Lilian diapit juara kategori masters, Buda dan Meilaura (barisan depan, dua kiri) bersama rakan-rakan atlet senegara (barisan depan, dari kanan) Ahmad Faiz, Dr Malvern dan Mohd Syarul Azman serta ahli-ahli kontinjen Malaysia.
TERBAIK: Lilian diapit juara kategori masters, Buda dan Meilaura (barisan depan, dua kiri) bersama rakan-rakan atlet senegara (barisan depan, dari kanan) Ahmad Faiz, Dr Malvern dan Mohd Syarul Azman serta ahli-ahli kontinjen Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia