Utusan Borneo (Sarawak)

Padang Stadium Hoki Nasional bahaya kepada pemain: KHM

-

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) masih belum menyelesai­kan masalah padang di Stadium Hoki Nasional di Bukit Jalil di sini, walaupun perkara itu sudah berlarutan hampir setahun.

Difahamkan, Konfederas­i Hoki Malaysia (KHM) sudah menulis surat kepada PSM agar menyelesai­kan masalah itu awal tahun ini, berikutan padang di stadium berkenaan dalam keadaan tidak baik dan berisiko besar menyebabka­n kecederaan terutama kepada pemain kebangsaan yang menggunaka­n venue tersebut sebagai gelanggang latihan.

Perkara itu disahkan Presiden KHM Datuk Seri Subahan Kamal, sambil berharap PSM yang kini diketuai pengerusi baharunya, Tan Sri Tony Fernandes, akan bertindak pantas dalam menyelesai­kan isu tersebut kerana stadium berkenaan akan digunakan sebagai gelanggang aksi Kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020, yang turut dikenali sebagai Siri Hoki Final pada April 2019.

Selain tuan rumah, Malaysia, saingan Siri Hoki Final dijadual berlangsun­g dari 26 April hingga 4 Mei depan itu, turut disertai Austria, Kanada, Itali, Wales, Vanuatu, China serta Brazil, dan dua pasukan teratas pada kejohanan berkenaan akan mara ke pusingan akhir Kelayakan Olimpik 2020.

“Kita menulis surat kepada PSM meminta mereka membersihk­annya pada awal tahun ini, dan masalah itu sudah berlarutan sejak padang tersebut dibaik pulih untuk Sukan SEA 2017. Ia agak kotor dan berminyak, dan keadaan padang yang berlumut menjejaska­n dan berbahaya.

“Kita perlu bersihkann­ya kerana kita akan menganjurk­an kelayakan Sukan Olimpik pada April depan. Kita melihat mereka menutupnya (padang berkenaan) untuk kerja-kerja membaik pulih bulan lepas, namun kerja mereka lakukan tidak memuaskan, benda kita mahu mereka bersihkan tidak dilakukan dengan baik.

“Kami ( KHM) benarbenar berharap PSM yang kini mempunyai pengerusi baharu akan memandang serius terhadap perkara tersebut dan membantu kita untuk memastikan padang dalam keadaan baik untuk keselamata­n pemain,” katanya kepada Bernama.

Padang di Stadium Hoki Nasional digantikan sebelum berlangsun­g Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 pada Ogos, dengan kerja- kerja melibatkan penambahba­ikan terhadap keseluruha­n Kompleks Sukan Bukit Jalil, yang turut merangkumi Stadium Nasional, Pusat Akuatik Nasional dan Axiata Arena.

Padang hoki utama yang turut dikenali sebagai Stadium 1 boleh memuatkan sehingga 12,000 penonton, manakala kira- kira 1,000 orang boleh menyaksika­n perlawanan di Stadium 2.

Kedua-dua padang tersebut diiktiraf Persekutua­n Hoki Antarabang­sa (FIH) setelah kerja-kerja penambahba­ikan terhadap stadium berkenaan disiapkan pada Julai tahun lepas.

Menurut sumber daripada syarikat bertanggun­gjawab terhadap pemasangan rumput tiruan di padang berkenaan, isu tersebut adalah sematamata kerana masalah penyelengg­araan yang tidak baik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia