Utusan Borneo (Sarawak)

Zapata bantu Atalanta benam Lazio 1-0 di Bergamo

-

DuvanZapat­amenjaring­kan gol pada minit pertama apabila Atalanta meningkatk­an lagi tekanan ke atas Lazio untuk mencerahka­n lagi harapan mereka layak ke kejohanan Eropah dengan kemenangan 1-0 di Bergamo kelmarin.

Zapata, penyerang Colombia, mengambil kesempatan ke atas kesilapan pertahanan Lazio selepas hanya 57 saat sahaja untuk menjaringk­an gol kelimanya dalam tiga perlawanan liga berturut-turut.

Atalanta, sekarang di tempat keenam dengan jumlah mata yang sama dengan Roma dan Sassuolo, baik satu mata di be- lakang Lazio, di tempat kelima, tetapi tanpa kemenangan dalam lima perlawanan liga terakhir mereka.

AC Milan, satu mata di hadapan kelab Rom tersebut di tempat keempat, tempat kelayakan terakhir ke Liga Juara-Juara, dapat melebarkan jurang dengan Lazio apabila mereka melayan kunjungan Bologna semalam.

Pemain pertahanan Lazio, Francesco Acerbi, kelihatan seperti sudah merampas satu mata dengan tandukanny­a dalam masa kecederaan tetapi golnya disahkan ofsaid selepas konsultasi yang lama dengan VAR kerana kaki pemain pertahanan itu berada pada posis yang sedikit ofisaid.

“Kami sedang mengalam tempoh yang sukar di mana tuah tidak memihak kepada kam dan kami perlu memastikan ia memihak kepada kami,” kata jurulatih Lazio, Simone Inzaghi dengan hanya empat mata sahaja daripada lima perlawanan terakhir mereka.

“Kami sudah ketinggala­n ya, tetapi masih di tempat kelima dan ia adalah satu pecutan bermula sekarang. Lazio akan terus bertarung untuk tempat teratas dan tempat di Eropah.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia